PELAKON Zulin Aziz memberitahu dia dan suami iaitu Farhan Norzaini tidak pernah merancang keluarga mahupun mengamalkan kehidupan perkahwinan tanpa zuriat atau disebut sebagai 'childfree'. Kata Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia sama sekali tidak pernah merasakan anak merupakan satu bebanan malah kagum melihat kemampuan ibu bapa terdahulu membesarkan zuriat yang ramai. "Mereka ingat mungkin kami sedang merancang keluarga, sebab sekarang kan tengah heboh pasal isu childfree. "Itu bukan saya, sebab saya tak merasa anak itu satu bebanan kepada ibu bapa. Orang selalu cakap anak itu rezeki. Zulin percaya zuriat adalah rezeki. "Tengok orang dulu-dulu boleh beranak sampai berbelas orang, jadi saya tak faham konsep itu," katannya kepada mStar. Zulin mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran sitkom Apartmen Putra musim baharu yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Zulin menjelaskan dia tidak menyokong konsep tersebut kerana percaya setiap manusia lahir di bumi ini mempunyai rezeki tersendiri. Malah, dia berasa kesal apabila ada pihak menolak rezeki sedangkan dirinya pula terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan zuriat. ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz pertahankan wanita tak pandai siang ikan... “Saya potong sayur pun bentuk segi tiga” ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kembali berbaik dengan suami, putus asa hadapi kemelut punca berpisah "Saya tak menyokong dan saya tidak bersetuju, setiap orang yang lahir dimuka bumi ini bersebab, Allah dah aturkan rezeki setiap orang dan siapa kita nak tolak rezeki itu. "Rugi (tolak) sebenarnya, saya yang nak anak tapi tak dapat. Orang lain pula boleh dapat anak tetapi menolak. "Jangan takut dengan rezeki Allah, ia bukan milik kita tetapi milik Allah," jelasnya. Sementara itu, Zulin mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar malah melakukan pelbagai usaha bagi merealisasikan impian tersebut. Setiap orang yang lahir dimuka bumi ini bersebab. ZULIN AZIZ PELAKON Jelas pelakon itu lagi, dia bersyukur kerana tidak menerima desakan dari pihak keluarga memandangkan mereka memahami keadaan dia dan suami yang sibuk berkerja dan menguruskan perniagaan. "Tetapi impian nak timang anak kembar itu masih lagi ada, saya pun ada cuba macam-macam tips. "Tak semudah itu untuk ada anak, macam usaha yang saya buat tapi berbalik semula kepada rezeki Allah. "Alhamdulillah, keluarga saya dan suami tiada yang mendesak. Mungkin faham saya dan suami letih dan kami berdua pun memang berkerja keras jadi tiada ruang untuk Bersama," ujarnya. Zulin berkahwin dengan Farhan pada Februari tahun lalu. Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga bersama Farhan Norzaini pada 20 Februari tahun lalu. Dalam perkembangan lain, sitkom lakonan Zulin itu bakal ditayangkan pada Disember tahun ini. Selain mereka, sitkom yang sudah memasuki musim keenam dan ketujuh ini turut dibintangi Atu Zero, Mamak Puteh, Noorkhiriah, Jiggy Masin dan Elly Ariffin. Sitkom yang mengetengahkan kisah masyarakat kelas pertengahan dengan berlatarkan lokasi sebuah apartmen di tengah ibu kota bakal menemui penonton di siaran RTM bermula hujung tahun ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!