suria

Senang nak gadai masa sesak, Adira nasihat jadikan emas sebagai pelaburan

Pelaburan emas menjadi pilihan Adira.

BIJAK merancang perbelanjaan, penyanyi Adira menyifatkan pelaburan emas sebagai salah satu cara dapat membantu ketika memerlukan.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, membeli dan menyimapn emas boleh dijadikan sebagai pelaburan untuk mendapatkan wang tunai tanpa mengira masa.

Malah ia juga mudah dengan transaksi yang dilakukan menerusi kedai pajak.

adira 3

Adira bijak rancang perbelanjaan.

"Daripada beli benda lain, sekurang-kurangnya emas ini dapat bantu wantu kita susah. Bila berlaku kecemasan inilah yang boleh bantu.

"Kedai pajak gadai hari-hari buka. Tetapi kalau bank tutup Sabtu dan Ahad. Jadi inilah paling cepat," katanya.

Adira berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tanggung komitmen tinggi, Datuk Red tak mampu bagi nafkah banyak... Bekas isteri ‘update’ setiap kali keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan balu cerai mati” - Keluar ketika tempoh Idah, Adira cari rezeki sara 4 orang anak

Tambahnya dia lebih memilih untuk menambah koleksi barang kemas berbanding membelanjakan wang memberi barangan peribadi lain.

"Dengarlah cakap saya ini... kalau kita nak menyimpan lebih baik beli emas," ujarnya.

adira 2

Adira bekerjasama dengan sebuah jenama barangan kemas.

Adira sebelum ini tampil dengan koleksi barang kemas rekaannya sendiri menerusi kolaborasi bersama sebuah syarikat barang kemas.

Malah cincin emas yang dikenali sebagai 'Cincin Adira' juga mula popular dalam kalangan wanita dan sering menjadi ikutan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain