KETIKA diberitahu bakal membuat liputan konsert penyanyi Korea Selatan iaitu B.I, penulis mungkin antara orang yang paling gembira. Mana tidaknya, impian untuk menonton persembahan bekas anggota kumpulan iKON itu akhirnya tercapai. Apatah lagi sebelum ini hanya dapat menatap wajahnya menerusi skrin televisyen atau telefon... Akhirnya B.I di depan mata! Keramahan B.I melayan peminat mendapat pujian penonton yang hadir. Keterujaan menyaksikan B.I tidak terhenti di situ apabila pada pertengahan persembahannya dia turut ke bahagian tempat duduk penonton untuk menyapa peminat. Penulis yang duduk di barisan belakang tidak lekang dengan telefon bagi merakamkan momen istimewa itu sehinggalah B.I meluru ke arah tempat duduk petugas media. Memang tidak keruan dibuatnya dapat melihat wajah B.I daripada jarak dekat sehingga membuatkan penulis hampir terlupa tujuan sebenar ke konsert tersebut iaitu bertugas! ARTIKEL BERKAITAN: Konsert sulung B.I 30 Jun di KL, bakal tampil sisi berbeza sejak tinggalkan iKON ARTIKEL BERKAITAN: B.I ditahan semula selepas mengaku terlibat jual beli dadah Di sebalik itu, B.I membuktikan bahawa bukan semua bintang Kpop sukar didekati malah melanggar semua protokal ketat untuk berinteraksi dengan peminat. Kemunculan B.I buat julung kalinya menerusi konsert jelajah HYPE UP di Mega Star Arena Kuala Lumpur juga sebagai mengotakan janji pernah dibuat kepada peminat di negara ini. "Saya sangat gembira dengan keputusan memasukkan Malaysia dalam senarai negara yang akan saya singgah. Kelincahan B.I di atas pentas mengagumkan peminat yang hadir. "Nampak saya dah kotakan janji saya bukan? Kali ini, saya berjanji akan kembali ke Kuala Lumpur!," katanya. Selain disajikan dengan layanan istimewa, 3,000 peminat yang menggelarkan diri mereka ID itu turut terpukau melihat kelincahan B.I menari di atas pentas sepanjang tiga jam konsert berlangsung. Malah dia turut menunjukkan taring dengan menampilkan kemampuan nyanyian rap menerusi 24 buah lagu termasuk BTBT, illa-illa, Tasty dan Loved. B.I memaparkan aksi bertenaga sepanjang tiga jam konsert. Tenaga yang ditunjukkan juga membuktikan B.I mampu bergerak solo tanpa sokongan daripada iKON. Pelbagai kejutan disediakan, antaranya B.I menampilkan artis di bawah syarikat rakamannya iaitu Leo sebagai penyanyi undangan konsert tersebut. Kehadiran mengejut Leo menggamatkan suasana dewan dengan sorakan peminat memamdangkan penyanyi yang baru meningkat naik itu sudahpun mempunyai peminat tersendiri. Selain menari, B.I turut dikenali dengan kemampuan nyanyia rap yang padu. Mereka berduet menerusi lagu Pretty Plzzz sebelum Leo mengmbil alih slot dengan menyanyikan lagunya sendiri iaitu Come Closer dan Ferewell. Selain kemunculan Leo, B.I turut mempersembahkan beberapa demo lagu yang masih dalam proses rakaman untuk didengarkan kepada peminat buat pertama kali. Walaupun masih belum siap sepenuhnya, B.I berjanji lagu tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi. Peminat turut terpuka melihat wajah kacak B.I. "Saya ada beberapa lagu demo yang masih belum siap untuk didengarkan kepada anda semua. Saya janji lagu ini akan saya keluarkan tak lama lagi. Nantikan ya!" katanya. Ketika penghujung konsert, penyanyi itu pula yang menerima kejutan daripada peminat apabila mereka menyediakan sebuah video istimewa dengan ucapan menyentuh hati. Gelagat ID meluahkan rasa sayang mereka terhadap B.I dengan menyanyikan beberapa rangkap lagu mengundang senyum dan tawa pada wajah penyanyi itu sepanjang video berkenaan dipaparkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!