suria

Amal pemakanan sihat, Liyana Jasmay terkejut bacaan kolesterol tinggi

Liyana terkejut melihat bacaan kolestrolnya yang agak tinggi.

PELAKON Liyana Jasmay meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bacaan kolesterolnya melebihi paras normal selepas membuat pemeriksaan kesihatan.

Kata Liyana, 36, tahap kolesterolnya mencapai bacaan 5.92 malah boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dikawal.

"Saya baru sahaja pemeriksaan dan saya sangat terkejut melihat bacaan kolesterol.

Copy of Untitled - 2024-07-01T111940.154

Liyana berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.

"Bacaan kolesterol saya ialah 5.92, agak tinggi untuk usia saya! Boleh jadi lebih teruk!" katanya.

Liyan berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di IntsaStory pada Ahad.

Dalam pada itu, Liyana menjelaskan dia tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku memandangkan dia sangat menjaga pemakanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay turun 4 kg dalam tempoh 23 hari tanpa ubat kurus! - “Permulaan yang sukar, hari kelima saya gigil dan pening”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk mengawal pemakanan malah mengurangkan makanan yang berisiko meningkatkan paras kolesterol dalam badan.

"Saya ingat saya sudah makan secara sihat tetapi rupanya kolesterol saya tinggi.

"Saya sangat takut sekarang, selepas ini saya perlu jaga makan. Saya kena kawal dari ambil makanan yang boleh naikkan kolesterol," ujarnya.

Untuk info, paras kolestrol yang normal adalah pada bacaan 5.17 manakala bacaan melebihi 5.17 sehingga 6.21 pula dianggap tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain