suria

Bertebaran berita tak sahih tentangnya, Nora Danish minta ruang bernafas

Nora berharap fitnah melibatkan dirinya segera berakhir.

SEJAK bercerai dengan Nedim Nazri pada 16 Jun lalu, pelakon Nora Danish berdepan dengan pelbagai khabar angin yang tidak benar membabitkan namanya.

Walaupun sudah cuba menjelaskan beberapa dakwaan tidak benar yang sedang bertebar namun masih ia terus menjadi perbualan di media sosial.

Susulan itu, Nora atau Nora Danish Hanif, 42, berharap agar semua pihak memberinya dan keluarga ruang untuk bertenang dengan keadaan ketika ini.

nora 1

Nora mahu keadaan kembali tenang.

"Sejak akhir-akhir ini pelbagai berita yang tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.

"Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas," kongsinya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Ahad.

Malah dia juga berharap orang ramai tidak mengambil kesempatan ke atas kisahnya dengan menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ada sebab berhijab jaga Nedim di hospital, tak berhak kongsi penyakit bekas suami - “Itu urusan peribadinya”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu ‘suami beriman’ bukan kenyataan Nora Danish, belum terfikir cari pengganti - “Saya masih dalam tempoh idah”

"Pada yang segelintir itu, diharap janganlah sebarkan berita tidak betul sampai menjadi fitnah," tulisnya lagi.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila terdapat dakwaan Nora sedang mencari calon suami beriman serta mampu membawanya ke syurga.

Khabar tersebut menganggu dirinya memandangkan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri sedang dirawat di hospital.

Dia bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan menyedari ia tercetus daripada perkongsian yang pernah dimuat naik di Instagram miliknya.

553 (3)

Nora fokus kepada kesihatan Nedim.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwindengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 tahun.

Namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain