PENYANYI Meernash berdepan detik cemas apabila hampir lemas sewaktu merakamkan video muzik single terbaharunya berjudul Overwhelming.Kata Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 28, dia tidak menyangka cabaran melakukan penggambaran di dalam air adalah sukar dan serik melakukan perkara sama. "Saya tidak pernah tahu dan sangka penggambaran dalam air memerlukan usaha yang sangat banyak dan sebenarnya susah.Meer Nash sewaktu menjalani penggambaran video muzik."Saya pula jenis takut air. Ada satu adegan dalam kolam renang, saya hampir lemas.“Nasib baik ada yang selamatkan saya. Saya tidak akan melakukan penggambaran dalam air lagi," katanya.Dalam pada itu, Meer Nash teruja untuk berkongsi tentang pengalaman pertama kali melancarkan lagu dalam bahasa Inggeris.ARTIKEL BERKAITAN: Lagu 'Wau Bulan' bergema di China, Kat Roshan dan Meer Nash pukau 2 juta penontonARTIKEL BERKAITAN: Meer Nash teruja nyanyi lagu 'Wau Bulan' di China, oppa Melayu bangga dapat kecek KelateKongsi Meer Nash, rasa kesedihan yang dialami sebelum ini membuatkan dia mengambil inspirasi untuk mencipta lagu tersebut."Lima bulan yang lalu, saya berada dalam keadaan paling sedih. Saya hilang diri kerana ada sesuatu yang berlaku dalam hidup saya."Saya rasa sangat keseorangan dan pada masa itu hanya muzik serta semangat daripada peminat dapat menyelamatkan saya."Jadi terciptalah Overwhelming yang sangat peribadi dan dekat dihati saya untuk dikongsi dengan semua peminat," ujarnya.Meer Nash berharap single terbaharunya mendapat sambutan ramai.Overwhelming yang membawa maksud membebankan adalah sebuah lagu mengupas perasaan menjadi terlalu berlebihan dalam konteks memberikan cinta.Lagu ini menggambarkan seorang individu yang sedang mencari cinta, di mana kasih sayangnya begitu mendalam sehingga tiada yang dapat menerimanya seperti apa yang diharapkan.Meer Nash turut berharap agar lagu tersebut mendapat sambutan peminat tempatan dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti yang diimpikan olehnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!