suria

Rita Rudaini sokong impian Qaqa jadi pemain bola sepak, asal utamakan agama dan akademik

Rita bersama anak-anak lelakinya iaitu Airit (kiri) dan Rayyan (kanan).

PELAKON Rita Rudaini mahu anak keduanya iaitu Airit Qaqa Arjuna melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi walaupun bercita-cita bergelar pemain bola sepak profesional.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, dia tidak pernah menghalang minat anak-anak namun sangat mementingkan akademik dan pendidikan agama sebagai jaminan masa depan mereka.

"Nak jadi apa, jadilah asalkan di dada kamu terisi al-Quran dan seorang yang bijak dalam akademik.

Rita tidak pernah menghalang minat anak-anak terhadap bidang sukan.

Rita tidak pernah menghalang minat anak-anak terhadap bidang sukan.

"Setidaknya kalau dah tak laku main bola sepak, esok-esok ada 'geran' ijazah atau PhD ke, ye tak?," katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

Ketika ditemu bual media sebelum ini, Rita memberitahu Qaqa pernah menyatakan hasrat bergelar pemain bola sepak profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan cemerlang 3.99 hadiah hari jadi Rita Rudaini, luahan Rayyan sentuh hati netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini pernah rasa kena boikot, minta percaya rezeki dari Allah

Tak menghalang cita-cita anak bongsunya itu, Rita sebaliknya memberi semangat kepada Qaqa melebarkan bakat bermain bola sepak sehingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013.

Selain Qaqa yang kini berusia 13 tahun, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Rayyan, 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain