PELAKON Nora Danish akhirnya membuka mulut tentang penampilannya yang tampil berhijab sejak kebelakangan ini. Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia senang untuk memakai pakaian menutup aurat sewaktu menjaga bekas suami iaitu Nedim Nazri yang kini sedang menerima rawatan di hospital. Kata Nora, dengan berpakaian menutup aurat dia mudah untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital. "Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana mencetuskan banyak tanda tanya. Nora menjaga Nedim yang kini dirawat di hospital. "Jadi kalau saya menjaganya (Nedim) di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk mengerjakan solat dan dalam masa yang sama saya mengaji juga. "Lebih senang memakai pakaian yang menutup aurat. Disamping itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (netizen) yang tidak henti-henti mendoakan saya. "Saya hargai saya dan saya harap doa anda, doa ibu saya dan doa saya juga Allah makbulkan insya-Allah," katanya. Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Nedim masuk ICU, Nora Danish minta bekas suami terus kuat Dalam pada itu, Nora memberitahu dia tidak dapat berkongsi maklumat tentang penyakit dihidapi Nedim kerana menyifatkan ia adalah hal peribadi bekas suaminya itu. "Seperti yang semua sedia maklum, Nedim sekarang berada di hospital dan dalam tempoh penyembuhan. "Saya tidak boleh kongsi maklumat lanjut tentang sakit Nedim kerana itu adalah urusan peribadinya dan keluarga," ujarnya. Pada Jumaat, Nora memuat naik foto menampilkan dirinya menggayakan 'hoodie' dengan tudung rona hitam. Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo 3 itu menutup ruangan komen dan tanpa memberikan sebarang kapsyen. Nora selesa memakai pakaian menutup aurat. Nora sebelum itu mengejutkan peminat apabila sah bercerai talak satu dengan Nedim pada 19 Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun. Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 15 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!