suria

Mahu ‘suami beriman’ bukan kenyataan Nora Danish, belum terfikir cari pengganti - “Saya masih dalam tempoh idah”

Nora (kanan) belum terfikir untuk mencari pengganti.

BELUM pun sebulan bercerai, pelakon Nora Danish memberitahu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasrat mencari pengganti.

Nora atau Nora Danish Hanif, 42, berkata, terkejut apabila membaca sebuah akhbar yang menulis artikel kononnya dia sedang mencari calon suami beriman serta mampu membawanya ke syurga.

Apatah lagi kata Nora, dia masih dalam tempoh idah ditambah bekas suaminya iaitu Nedim Nazri sedang sakit di hospital.

"Saya ternampak surat khabar yang menulis artikel Nora mencari suami yang beriman dan boleh membawa ke syurga.

Nora dan Nedim (kiri) bercerai pada 16 Jun lalu.

Nora dan Nedim (kiri) bercerai pada 16 Jun lalu.

"Saya terkejut kerana bila masa saya beri kenyataan seperti itu? Saya rasa tidak wajarlah kenyataan itu disiarkan kerana saya baru sahaja bercerai.

"Saya masih dalam idah dan bekas suami saya sedang sakit di hospital. Jadi saya rasa tidak wajar dan adil sekiranya kenyataan itu disiarkan kerana akan kesedihan untuk sesetengah pihak," katanya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Nora menjelaskan kenyataan dipetik akhbar itu sebenarnya adalah menerusi perkongsian yang pernah dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ada sebab berhijab jaga Nedim di hospital, tak berhak kongsi penyakit bekas suami - "Itu urusan peribadinya"

Kata Nora, dia hanya mahu berkongsi kepada pengikutnya namun tidak menyangka perkongsian berkenaan menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

"Saya juga pelik kenapa keluar berita benda saya tidak pernah cakap. Selepas mengkaji rupanya saya ada memuat naik di Instagram reels berkenaan suami.

"Saya hanya repost kerana merasakan ia terlalu sweet tentang suami isteri dan bagaimana suaminya mengajar isteri secara lembut.

"Perkara itu menyentuh perasaan saya dan ingin saya kongsikan kepada pengikut saya. Mungkin disitu berlakunya salah faham," ujarnya.

Nora mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat semua.

Nora mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat semua.

Pelakon drama Puteri ini menyifatkan setiap individu pasti mahu mencari pasangan yang dapat membimbing mereka ke syurga.

Pun begitu, Nora menegaskan dia belum lagi memikirkan soal mencari pengganti dan memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat semua pihak.

"Tapi bagi saya untuk mencari suami dan isteri yang soleh serta solehah adalah idaman semua orang. Bukan saya seorang.

"Semua orang inginkan suami dan isteri yang membawa ke syurga. Itu adalah syarat wajib yang perlu ada.

"Saya tak mahu mencari suami dalam masa terdekat ini. Saya tidak memikirkan lagi tentang perkara itu... Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk semua," katanya.

nora1 - 1

Nora masih menjaga Nedim di hospital.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwindengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 tahun.

Namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain