suria

FDAM anjur konvensyen buat pertama kali, pelbagai aktiviti menarik termasuk uji bakat terbuka dan Master Class

Afdlin teruja himpunkan pengarah hebat Malaysia.

BUAT julung kalinya, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bakal menganjurkan Konvensyen FDAM 2024 yang bakal berlangsung pada 6 Julai ini.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki berkata, konvensyen ini bakal memperlihatkan pelbagai acara berlangsung yang bukan sahaja membabitkan pemain industri malah boleh disertai oleh orang awam.

Lebih menarik, konvensyen yang turut mendapat kerjasam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal membuka peluang kepada orang ramai menyertai sesi uji bakat terbuka dalam usaha pengarah mencari wajah baharu.

fdam 1

Antara aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.

"Pelbagai aktiviti menarik yang belum pernah FDAM anjurkan sebelum ini. Konvensyen ini juga terbuka kepada orang ramai untuk sertai uji bakat.

"Tidak hanya itu, acara menonton wayang pacak turut diadakan bagi membolehkan pengunjung merasai pengalaman berbeza menonton filem di kawasan terbuka," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Afdlin memberitahu konvensyen itu bakal dibuka dengan sesi Townhall bersama empat panel iaitu Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood.

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet besar belum tentu hasil filem terbaik, FDAM tengah cari 10 pengarah pelapis bawa Malaysia ke pentas dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki terajui FDAM, komited pulih imej dan reputasi persatuan

Kata Afdlin, sesi Townhall itu nanti bakal berkongsi tentang hala tuju FDAM selain berkongsi buah fikiran bersama panel.

Bagi merancakkan lagi konvensyen berkenaan, FDAM turut mengadakan Master Class 2024 bersama tiga pengarah ikonik Malaysia bagi berkongsi kejayaan mereka menghasilkan karya yang mendapat sambutan luar biasa penonton.

Dikendalikan oleh pengarah U-Wei Saari, Master Class tersebut bakal menampilkan pengarah Adrian Teh, dan Dr Mahadi J Murad.

Selain itu turut diadakan program Apresiasi filem Imam bersama pengarahnya iaitu Mior Hashim Manaf.

fdam 4

Aktiviti juga terbuka kepada orang ramai.

Tidak ketinggalan Business Matching yang bakal membantu jalinan persaudaraan diantara pengarah dan penerbit bagi membantu karya mereka dikenali.

Sementara itu, Konvensyen itu juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk gerai jualan untuk pengunjung.

Konvensyen FDAM akan diadakan bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam di Finas, Hulu Klang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain