suria

Hasif Upin tak melatah lakonan gagal beri impak, anggap proses belajar

Hasif sudah lama impi menjadi seorang pelakon.

PENYANYI Hasif Upin tidak melatah apabila penampilannya menerusi filem Paku Tanah Jawa dikatakan tidak memberi impak.

Hasif atau Muhamad Hasif Sharuddin, 32, sebaliknya berkata, peluang muncul dalam filem berkenaan sudah cukup membuatkan dia bersyukur memandangkan masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan.

"Kalau orang kata watak saya biasa-biasa, saya terima saja tapi tak semua orang dapat peluang itu.

EMPIRE_5286

Hasif bersyukur dapat bergandingan dengan nama hebat.

"Saya seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang saya dapat. Saya tahu rezeki itu daripada Allah.

"Dapat menyanyi dengan Ziana Zain juga merupakan pencapaian terbesar saya kemudian berlakon pula dengan Masayu Anastasia," katanya.

Dalam pada itu, Hasif terbuka jika hanya diberikan watak sampingan selepas ini.

Kata Hasif, dia menganggap perkara itu sebagai permulaan dan pembelajaran sebelum memegang peranan lebih penting.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasif Upin dah fikir mati, menggigil berdepan gempa bumi sehari sebelum penggambaran ‘Paku Tanah Jawa’

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji TikToker Hasif Upin buat ‘challenge 10 saat’, selamba sedekah motosikal dan telefon... katanya bukan sebab nak viral

Hasif berharap dia diberi peluang untuk membuktikan bakat lakonannya memandangkan amat mengemari kerjaya itu.

"Saya harap peminat dapat lihat usaha saya untuk buktikan yang saya ini berbakat walaupun masih lagi sedang belajar lakonan.

"Tapi saya harap dapat peluang belakon dalam lebih banyak drama sebab berlakon adalah impian dan minat saya,” jelasnya.

Ceritanya, sebelum bergelar penyanyi dia mahu menjadi pelakon malah pernah menghadiri beberapa uji bakat.

hasif 1

Hasif ingin kembangkan lagi bakat dalam lakonannya.

Bagaimanapun kata anak kelahiran Johor ini, ketika hadir ke sebuah uji bakat dia diminta menyanyi dan pengarah menyarankan dia meneruskan karier dalam bidang tersebut.

“Itulah namanya rezeki tetapi asalnya saya memang nak jadi pelakon.

“Semasa saya hadir uji bakat ada pengarah suruh saya menyanyi dan sejak itu saya terus menyanyi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain