suria

Isteri komposer Pak Ngah meninggal dunia

Datin Sharifah Mahani meninggal dunia di rumahnya.

ISTERI kepada komposer terkenal tanah air Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra Pak Ngah meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 pagi Isnin.

Berita pemergian Datin Sharifah Mahani Syed Kassim Barakhbah dikongsi pelakon Fauziah Nawi di Facebook miliknya.

Menurut Fauziah, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya namun punca kematian tidak dapat dipastikan.

pak ngah 2

Allahyarham bersama dua orang anaknya.

"Dukacita dimaklumkan balu kepada Allahyarham Suhaimi Mohd. Zin atau Pak Ngah iaitu Sharifah Mahani Syed Kassim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pukul 11.25 di rumahnya," kongsinya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 74 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia di Batam

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Pak Ngah selamat dikebumikan, tidak ramai tahu dia sakit

Pada tahun 2018, Allahyarham Pak Ngah meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia.

Allahyarham turut menghidap beberapa penyakit lain termasuk darah tinggi dan diabetes.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain