suria

Konsert artis luar negara 20 Julai ditunda, hormat Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Konsert yang berlangsung pada 20 Julai ini terpaksa dipinda ke tarikh baharu.

SEMUA konsert membabitkan artis luar negara yang berlangsung pada 20 Julai ini perlu dipinda ke tarikh lain bagi menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) memberitahu menerima lima permohonan konsert yang dijadualkan berlangsung pada tarikh berkenaan.

Puspal bagaimanapun menasihatkan penganjur meminda semula tarikh konsert berkenaan ke satu tarikh baharu.

konsert1 - 1

Konsert terpaksa dipinda bagi menghormati stiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

"Mengikut garis panduan Puspal, perkara 16.1(f) menggariskan tempoh larangan mengadakan konsert artis dan persembahan luar negara yang berskala besar.

"Penganjur tidak dibenarkan mengadakan konsert demikian pada tarikh yang dianggap tidak sesuai oleh kerajaan dan kerajaan negeri.

"Oleh yang demikian, penganjur dinasihatkan agar tidak mengadakan konsert artis luar negara pada 20 Julai ini dan meminda semula konsert tersebut ke satu tarikh baharu seperti yang ditetapkan dalam garis panduan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tebus kekecewaan, tampil dengan Konsert Qalam selama 3 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali ke Pulau Pinang, Ungu kenyang makan nasi kandar... Terharu 10,000 peminat banjiri konsert

Antara konsert yang berlangsung pada 20 Julai ini termasuk Festival Muzik Good Vibes (GVF 2024) dan Intimate Concert with Ungu yang akan diadakan di Arena Larkin, Johor.

Penganjur festival berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan konsert selama dua hari pada 20 dan 21 Julai itu dibatalkan.

GVF 2024 sepatutnya berlangsung di Resort World Awana di Genting Highlands.

Manakala konsert Ungu pula ditunda sehari sebelum istiadat berlangsung iaitu 19 Julai 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain