suria

3 tahun lakukan penghijrahan, Oktovia Manrose tak putus berdoa kekal istiqamah

Oktovia sentiasa berdoa untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

GENAP tiga tahun tampil dengan imej berhijab, pelakon Oktovia Manrose tidak putus berdoa untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Kata Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, biarpun adakalanya dia memaksa diri untuk mendirikan solat dan mendengar ceramah agama, aktres berkenaan percaya niat yang ikhlas untuk berubah ke jalan Allah SWT akan sentiasa dipermudahkan.

"Tahun ini genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah.

"Tapi insya-Allah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah beri panduan.

Oktovia (kanan) bergambar kenangan bersama Ustaz Wadi (kiri).

Oktovia (kanan) bergambar kenangan bersama Ustaz Wadi (kiri).

"Alhamdulillah hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqamah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah," katanya.

Oktovia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Oktovia memberitahu asbab dia melakukan penghijrahan adalah selepas mendengar ceramah dari Ustaz Wadi Annuar.

Kata Oktovia, ceramah yang disampaikan Wadi dapat diterima dengan jelas sehingga membuka hatinya untuk terus berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose masih berlakon, tapi ada produksi letak syarat buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: "Ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan" - Oktovia Manrose malu netizen ungkit kisah lama dengan Aliff Aziz

"Topik ceramah ustaz semalam ialah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana kita nak kuatkan hubungan rumah tangga.

"Aura ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi kesan yang mendalam. Sama seperti pertama kali saya mendengar ceramah ustaz pada 2020.

"Dari situlah asbabnya kenapa diri ini boleh betekad nak berubah dan berhijrah. Masya-Allah Alhamdulillah. Perjalanan yang indah," ujarnya.

Pelakon drama Bila Cupid Jatuh Cinta ini bagaimanapun menzahirkan rasa syukur diberikan hidayah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

oktovia2 - 1

Sudah tiga tahun Oktovia berhijrah menutup aurat.

"Ya Allah terima kasih atas kekuatan ini. Doaku berharap semua keluarga seIslamku diberikan kemudahan dan kefahaman dalam menerima hidayah Allah.

"Semoga Allah kekalkan diri kita istiqamah dan kita semua mendapat pengakhiran khusnul khotimah. Amin," katanya.

Pada Mei 2021, Oktovia membuat keputusan untuk berhijab dan susulan tu dia mengakui bersikap selektif dalam memilih watak lakonan.

Bagaimanapun, Oktovia mendedahkan masih ada produksi meminta dia menanggalkan tudung sebagai syarat berlakon dalam drama terbitan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain