PENGERUSI Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki menggesa semua penggiat seni tidak terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan nikmat kesihatan. Mengambil contoh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Afdlin memberitahu dia tidak mahu perkara sama berulang kepada anak seni lain. Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, sudah menjadi kelaziman penggiat seni bekerja tidak mengikut masa sehingga mengabaikan kesihatan dan perkara itu perlu berubah. "Buat mereka yang masih ingat, P.Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung. Kita leka dengan rutin dan perbuatan lazim sehingga tidak peka dengan simptom yang menjadi penyebab (serangan jantung). Afdlin mahu penggiat seni tempatan mengambil berat soal penjagaan kesihatan. "Kita bekerja tidak mengikut jam yang ditetapkan badan kita, selalu paksa diri ke tahap maksimum. "Saya kenal kawan-kawan saya kerana perangai saya pun sama seperti merokok dan mengambil kafein terlalu banyak," katanya. Afdlin berkongsi perkara itu menerusi kenyataan media yang dibuat sempena pelancaran Hari Karya Lestari FDAM 2024. Menurut Afdlin, acara ini diadakan bagi memberi kesedaran tentang kesihatan jantung terhadap anak seni tempatan. ARTIKEL BERKAITAN: FDAM anjur konvensyen buat pertama kali, pelbagai aktiviti menarik termasuk uji bakat terbuka dan Master Class ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki tak anggap 'Sheriff' gagal, semangat patriotik penonton Indonesia tebal Penganjuran ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan kritikal dalam kalangan artis. "Hari Karya Lestari FDAM 2024 adalah sebuah acara yang dirancang untuk menimbulkan kesedaran tahap kesihatan jantung kepada penggiat-penggiat seni dalam negara. "FDAM juga menyasar untuk keseluruhan industri kreatif, media dan hiburan. Edisi pertama ianya dikhaskan kepada ahli-ahli FDAM dengan harapan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan kritikal dalam kalangan ahli," ujarnya. Dalam pada itu, Afdlin turut mengucapkan terima kasih buat Institut Jantung Negara (IJN) yang menjadi penaja dalam acara tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan pada Hari Karya Lestari FDAM 2024. Seramai 100 ahli mengambil bahagian pada program ini dan turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk jantung secara percuma. "Terima kasih kepada IJN yang menaja program Hari Karya Lestari FDAM 2024 kerana membantu pemeriksaan tahap kesihatan jantung, memberi nasihat, panduan dan langkah ke hadapan dalam menjaga kesihatan jantung. "Saya akui kesedaran jantung dalam kalangan ahli-ahli FDAM agak rendah kerana bukan kita bebal tetapi ingat kita kebal. Kebanyakan pengarah-pengarah selalu seperti bos, berada di atas dan ingat tiada apa-apa kan berlaku. "Kita patut ambil masa menjaga diri sendiri. Kita tolong orang buat kerja tapi kita tidak menjaga diri sendiri," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!