suria

Fazura respon pertanyaan mana Fattah Amin, pilih tak kongsi hal peribadi - “Ada di rumah”

Netizen mendakwa sudah lama tidak melihat Fazura dan Fattah bersama.

SEJAK kebelakangan ini pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin sudah jarang dilihat bersama sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bermasalah.

Disebabkan itu juga, Fazura dan Fattah sering dihujani pertanyaan mengenai perkara tersebut di ruang komen laman sosial mereka.

Enggan memanjangkan spekulasi tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, menjelaskan mereka lebih selesa untuk tidak lagi berkongsi hal peribadi kepada umum.

Foto keluarga yang dimuat naik pada sambutan Aidilfitri April lalu.

Foto keluarga yang dimuat naik pada sambutan Aidilfitri April lalu.

Malah memberitahu Fattah ketika ini berada di rumah.

"Ada di rumah! Kami lebih memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi sekarang," katanya.

Fazura berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan netizen yang bertanyakan keberadaan Fattah dan anak mereka iaitu Fatima.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah tak rancang tambah anak... Enggan ganggu komitmen kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima mula tunjuk ciri-ciri seorang penghibur, Fazura tak halang anak ceburi bidang hiburan

Malah ada juga yang turut sama menyedari akan hal itu dan menyatakan sudah lama tidak melihat keluarga mereka bersama.

"Dimana menantu mama Fattah dan Fatima, cucu nenda tersayang.

"Betul, mahal sekali lihat kebersamaan mereka sekarang," tulis netizen.

Tinjaun mStar mendapati, kali terakhir pelakon filem Gol & Gincu itu memuat naik foto bersama Fattah dan anak mereka adalah pada sambutan Aidilfitri April lalu.

faz2 - 1

Fazura memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.

Selain memuat naik foto peribadinya, Fazura dilihat lebih banyak berkongsi gambar dan video tentang peperangan yang berlaku di Palestin.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain