GAYA pemakaian anak penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah sering mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangannya di media sosial. Menjawab mengenai perkara itu, Shahirah atau mesra disapa Shiera, 50, berkata, sebagai ibu dia sentiasa mengawasi pemakaian anak-anaknya. Malah dia tidak teragak-agak menegur sekiranya pakaian digayakan keterlaluan atau menjolok mata. Gelagat ceria Shiera bersama anak-anak. "Saya artis dan bukan dilahirkan dalam keluarga bertudung labuh tapi sebagai ibu saya akan kawal cara pemakaian anak-anak saya. "Melainkan kalau dia keluar tanpa pengetahuan saya, itu cerita lain," katanya kepada mstar. Dalam pada itu, Shiera ada cara tersendiri dalam mendidik enam orang anaknya yang pastinya berbeza daripada orang lain. Kata Shiera, dia biasanya tegas dan berterus terang dalam menegur anak-anak jika mereka melakukan kesilapan. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa buat hal, Sharifah Shahirah bengang rumah kotor sampaikan tilam pun dicuri... “Awak rugikan saya” ARTIKEL BERKAITAN: [V]Aman Graseka mungkin malu mengaku susah, Sharifah Shahirah tiada niat buka aib - “Saya nak pergi jumpa dia” "Saya memang jenis akan berterus terang dengan anak-anak dan sebab itu saya tak boleh jadi 'kawan' mereka. "Sebenarnya bukan mudah nak menjaga anak-anak yang meningkat remaja tapi saya ada cara tersendiri untuk rapat dengan mereka," ujarnya. Tambah Shiera, kecaman dilemparkan juga sebenarnya bukan datang daripada pengikutnya sebaliknya netizen yang tidak senang melihat kebahagiaan keluarganya. Namun sebagai ibu, Shiera enggan cepat melatah dan menjaga lidah dengan apa diperkatakan kerana bimbang akan berbalik kepadanya keluarganya. Shiera bersama anak dan menantunya. "Kalau betul ada salah saya minta maaf. Saya paling takut nak menghakimi anak-anak orang sebab kita tak tahu pengakhiran keluarga kita pula macam mana," jelasnya. Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan miliki lima orang cahaya mata bersama. Dia juga pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali pada 1993 namun bercerai pada 1999 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!