PELAKON Norman Hakim tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan Marissa Dania serta menantu dan madu anak perempuannya agar sabar menempuh ujian hidup berumah tangga. Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, turut meluahkan rasa sayang terhadap menantu Ahmad Aslam dan isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Kata Norman, dia percaya ujian setiap manusia berbeza dan untuk mengajar mereka tentang rasa syukur. Norman dan Abby ketika sambutan ulang tahun Marissa ke-18. "Papa sayang adik (Marissa), Aslam dan Umisya. Semua anak-anak papa. Ujian hidup kita berbeza. Doa buat kalian tidak pernah putus. "Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab nak mengajar kita tentang bersykur dalam tangis serta sujud semasa hadirnya pelangi nanti. Percaya dan yakin waktu itu akan tiba," katanya. Norman menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Selasa bersempena sambutan ulang tahun ke-19 Marissa. ARTIKEL BERKAITAN: Marissa doa pahala ‘transfer‘ dekat bapa, air mata Norman Hakim gugur sudah maafkan anak ARTIKEL BERKAITAN: Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati Pelakon itu turut memuat naik video serta gambar dia bersama Marissa ketika kecil. Dalam pada itu, Norman turut mengenang kembali hari Marissa dilahirkan di dalam kereta ketika dia dan bekas isterinya, Abby Abadi sedang menuju ke hospital. "Papa tidak lupa momen sambut kelahiran adik dalam kereta. Tak sempat bawa mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar. Semua anak-anak papa. Ujian hidup kita berbeza. Doa buat kalian tidak pernah putus NORMAN HAKIM PELAKON "Nampak sahaja muka adik, terus lenyap panik papa. Terus hilang sakit mama bertarung nyawa lahirkan adik," kongsinya. Lebih menyentuh perasaan Norman juga berkongsi pemberian kata-kata indah Marissa ketika anaknya itu masih berusia 10 tahun. Tulisan Marissa dalam sepucuk surat itu juga dijadikan kenangan untuk melepas rindu terhadap anaknya itu. Surat yang ditulis Marissa buat Norman ketika usia 10 tahun. "Sembilan tahun lepas, papa dapat ‘surat cinta’ dari adik. Surat yang comel sangat. Bukan setakat comel tapi sangat mendalam segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak berusia 10 tahun. "Sayang papa pada adik dari sambut sendiri kelahiran sampai ke saat ini tak pernah berubah. "Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Itu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik dalam kehidupan akhirat yang hakiki," ucapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!