suria

Tipu minta duit untuk beli ‘Birkin’, tapi isteri Ariff Bahran guna bayar tempahan Porsche

Amirah akui suami sedikit berkira dengan diri sendiri.

NIAT baik Amirah Syazwani membayarkan wang deposit kereta baharu untuk suaminya iaitu penyanyi Ariff Bahran mengundang kecaman netizen.

Tindakan Amirah itu membuatkan netizen kurang senang dan mendakwa Ariff hanya mengharapkan duit isteri semata-mata.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Amirah menjelaskan wang yang digunakan untuk bayaran itu juga merupakan hasil titik peluh suaminya sendiri.

myra 1

Antara komen jahat yang diterima Ariff.

Malah, dia mengakui terpaksa menggunakan alasan ingin membeli beg tangan mewah agar niatnya itu tidak diketahui.

"Memang saya yang bayar duit pendahuluan tapi duit itu datang dari suami saya. Sebab saya beritahu dia saya nak beli Birkin untuk diri saya.

"Jadi dia beri saya duit untuk beli Birkin tapi sebenarnya saya gunakan duit itu sebagai pendahuluan kereta dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Ariff Bahran tercapai, berjaya miliki Porsche selepas bertahun terlibat pelaburan... Netizen pula kata menunjuk demi marketing

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu jantina anak kedua, Ariff Bahran mula ‘shaking’... Sedar tanggungjawab lebih besar

Amirah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan komen negatif daripada netizen.

Dia juga meminta netizen lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen.

Kata Amirah, dia terpaksa menipu suaminya memandangkan Ariff agak kedekut dengan diri sendiri.

"Dia selalu berkira untuk diri sendiri bila buat cara ini baru dia tak fikir dua kali," kongsinya.

ariff b 1

Ariff teruja dapat miliki kereta idaman.

Sebelum ini, Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, meluahkan rasa bangga dengan dirinya apabila berjaya mendapatkan kereta mewah jenama Porsche Cayman 718.

Kata Ariff, kereta tersebut berjaya dimiliki selepas bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti trading atau pelaburan mata wang asing.

Untuk rekod, Bahran dan Amira mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dan mereka juga memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Luth Mikhael yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain