suria

Kembali aktif dalam industri muzik, Asmidar mahu dikenali sebagai penyanyi tradisional

Asmidar mahu serlahkan keupayaannya menyanyi irama tradisional

PERNAH mencipta nama menerusi lagu berentak balada, Asmidar berkata dia menyimpan impian untuk lebih dikenali sebagai penyanyi irama tradisional.

Asmidar atau Norhasmidar Ahmad, 38, mengakui lagu Mimpi Sampai Ke Bintang yang terlalu kuat menyukarkan dirinya untuk beralih ke genre yang diidamkan sejak kecil.

"Saya memang menyanyi penyanyi tradisional dari kecil tetapi kejayaan lagu Mimpi Sampai Ke Bintang itu membuatkan saya dikenali sebagai penyanyi genre balada.

Copy of Untitled - 2024-07-03T174550.285

Asmidar tidak risau dengan perubahan muziknya.

"Sejujurnya saya agak keliru untuk pilih genre yang mana untuk saya teruskan. Kini, saya nak sepenuhnya berkarya dalam muzik tradisional.

"Memang saya selalu tampil menyanyikan lagu balada, tetapi sebenarnya minat saya tertumpu kepada tradisonal," katanya ketika dihubungi mStar.

Mengulas lanjut tentang peralihan ke arah tradisional, Asmidar menjelaskan dia kini lebih gembira berkarya dalam genre berkenaan kerana minat yang mendalam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perlu ke kotorkan nama untuk naikkan nama?” - Asmidar elak cipta kontroversi demi popular, tak sanggup malukan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Asmidar ‘hilang’ 3 tahun kerana enggan jual cerita sensasi

Dia bagaimanapun terbuka untuk mencuba genre lain tetapi tetap mahu menyelitkan elemen tradisional.

"Saya tak risau dengan genre yang saya tuju, sebab itu memang jiwa saya.

"Bagi saya kalau kita buat sesuatu yang kita suka, kita akan rasa seronok. Kerja pun rasa macam tak kerja.

Kini, saya nak sepenuh berkarya dalam muzik tradisional.

ASMIDAR

PENYANYI

"Tetapi tidaklah sepenuhnya asli tradisional, saya juga terbuka berkarya dengan genre lain cumanya saya mahu ada sentuhan tradisional juga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Asmida tampil menonjolkan sisi baharunya kepada peminat menerusi showcase Asmidarisme Neotrad-The Circle yang akan berlangsung pada 13 Julai depan.

Jelasnya, showcase ini disifatkan sebagai platform untuk memberitahu peminat tentang peralihan muziknya malah membuktikan kepada masyarakat yang dia tidak pernah hilang daripada industri seni.

Copy of Untitled - 2024-07-03T174731.262

Konsert ini diharapkan menjadi platform Asmidar tampilkan sisi baharunya.

"Saya tiada cara untuk uar-uarkan kepada orang yang saya sekarang dah ada 'bunyi' baharu, jadi saya jadi showcase ini sebagai peluang untuk tunjukkan kemampuan saya membawakan lagu tradisional.

"Orang kata saya dah lama tak munculkan diri, jadi saya nak membuktikan kepada mereka yang saya masih aktif dan pada masa yang sama nak raikan mereka-mereka yang menyokong saya.

Showcase Asmidarisme Neotrad-The Circle bakal berlangsung di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral Shah Alam. pada 13 Julai 2024.

Orang ramai boleh dapatkan tiket pada harga RM130 di laman web ticket2u.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain