TINDAKAN pelakon Bella Astillah memuat naik klip video memaparkan dirinya menangis menerusi satu babak dalam drama mengundang pelbagai reaksi netizen. Mana tidaknya, lakonan Bella dalam rakaman itu dipuji nampak begitu realistik mengalirkan air mata ketika menjayakan babak berkenaan. Menerusi ruangan kapsyen, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, hanya menyebut nama Puteri Sarah Liyana, seolah-olah video itu ditujukan kepada sahabat baiknya itu. Bella dan Puteri Sarah berbalas komen. "Bestie (kawan baik) nah Puteri Sarah Liyana," katanya ringkas. Perkongsian itu dibalas Puteri Sarah yang turut mengusik mengenai keaslian air mata Bella itu. "Awak guna eyemo ke air mata original?" katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen serbu IG Bella Astillah, komen Puteri Sarah buat ramai terhibur... “Awak pandai menangis tak?” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - “Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera” Susulan perkongsian Bella itu, rata-rata netizen membuat andaian kononnya bekas isteri Aliff Aziz itu sengaja menyindir Ruhainies. "Spontan air mata mengalir. Ini baru betul menangis. "Pandai kan berlakon nangis, feel pun sampai. Nasib baik menangis tak guna eyemo," antara komen netizen. Pada 3 Julai, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerima kecaman netizen selepas mengaku tidak pandai berlakon dan menangis di hadapan kamera ketika hadir ke mahkamah. Netizen puji ketenangan yang dimiliki Bella. Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu. Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan perbicaraan akan disambung pada 17 Oktober depan dan bon jaminan mereka turut dilanjutkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!