suria

Sophia Albarakbah rasa diri tak cukup sempurna, punca kekasih sanggup curang

Sophia mengakui dirinya tidak sempurna.

SELEPAS berkongsi ciri-ciri calon suami yang diidamkan, kali ini pelakon Sophia Albarakbah mendedahkan pula mengenai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih.

Menerusi Instastory, Sophia, 30, memberitahu dia pernah berdepan fasa dicurangi oleh teman lelaki dalam hubungan percintaan sebelum ini.

Copy of Untitled - 2024-07-04T113413.095

Sophia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Oh ya, bekas teman lelaki saya pernah curang sebelum ini," katanya menjawab pertanyaan salah seorang pengikut di Instagram.

Sebelum ini, Sophia menarik perhatian netizen apabila memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya mestilah seorang yang jujur dan tidak curang dalam perhubungan serta tahu mengenai agama.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengakui ada rasa trauma untuk kembali menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka lelaki jujur, tak curang, tahu agama... Ini ciri-ciri calon suami dicari Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak suka dengar gosip, jarang guna media sosial kerana banyak benda tiada faedah

Malah, ketidaksempurnaan pada dirinya mungkin menjadi sebab dia ditinggalkan oleh kekasih.

"Bagaimanapun, saya tak sempurna. Mungkin sebab itulah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain