suria

Impian Ariff Bahran tercapai, berjaya miliki Porsche selepas bertahun terlibat pelaburan... Netizen pula kata menunjuk demi marketing

Ariff teruja lihat kereta idaman sudah menjadi miliknya.

BANGGA dengan pencapaian diri, penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, memberitahu dia berjaya memiliki kenderaan idaman itu selepas bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti trading atau pelaburan mata wang asing.

"Alhamdulillah, selepas bertahun-tahun terlibat aktiviti pelaburan mata wang asing, akhirnya menjadi pemilik Porsche," katanya.

arif b 2

Ariff kongsi kegembiraan bersama isteri tersayang.

Ariff berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang memperlihatkan dirinya teruja menerima kunci kereta mewah berkenaan.

Dalam pada itu, Ariff memberitahu segala usah dilakukan itu adalah untuk keluarga dan isteri tercinta yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sejak dahulu lagi.

Malah dia berkata tidak sabar ingin berkongsi satu lagi berita gembira pada tahun depan.

"Sama-sama dapatkan dan berbelanja bersama. Setahun lagi, satu lagi impian menjadi kenyataan. Ini untuk kami dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu jantina anak kedua, Ariff Bahran mula ‘shaking’... Sedar tanggungjawab lebih besar

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan pantang nasi, Ariff Bahran berjaya turun berat 10 kg... Mula jaga badan selepas ditegur dalam program live

"Ini juga untuk mereka yang menghinaku dahulu. Terima kasih tanpa korang tak akan ada di sini," ujarnya.

Perkongsian Ariff mengenai kejayaannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut.

Selain pujian, ada juga netizen meninggalkan komen tidak mempercayai kereta mewah tersebut milik penyanyi Juara Dusta itu.

Mereka juga berpendapat Ariff sekadar menyewa kereta berkenaan untuk meraih publisiti murahan.

ariff b 3

Teruja melihat kunci kereta idaman miliknya.

"Kereta sendiri ke ada yang taja untuk marketing? Benda dah lapok!

"Show off sangat abang ini, gula-gula kan orang dengan marketing macam ini," antara komen netizen.

Sebelum ini, Ariff pernah dikecam netizen gara-gara berkongsi video menyimpan sejumlah wang di dalam peti sejuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain