suria

[V] Anak dedah M Jamil kahwin empat kali... Sadiq akrab dengan ibu tiri dan keluarga baharu

Sadiq dedah bapa kahwin empat kali, tetap bahagia tiada masalah.

PELAKON Sadiq Jamil mendedahkan bapanya iaitu pengarah M Jamil sudah berkahwin kali keempat pada tahun 2016 dan kini dijaga oleh isteri baharunya itu.

Berkahwin selepas kematian ibunya, Sadiq, 26, berkata dia dan keluarga baharu tidak berdepan sebarang masalah dan bahagia menjalani kehidupan bersama.

“Ayah saya sebenarnya dah kahwin empat kali, dah lama sejak mak saya meninggal dunia dan saya gembira lihat dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Saya pun sayang dengan keluarga baharu saya.

NP-74

Sadiq dedah bapa sudah berkahwin sebanyak empat kali.

“Isteri pertama saya tak pernah jumpa, isteri kedua saya dah anggap macam mak saya sendiri, ketiga pula ibu saya tetapi dah meninggal dunia, sekarang mak tiri baharu dan kami sekeluarga tiada masalah,” katanya kepada mStar.

Sadiq mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama X-Change di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Sadiq memberitahu hubungannya dengan adik-beradik lain sangat akrab, malah setiap minggu dia akan melawat serta menghulurkan bantuan selepas bapa mereka sudah tidak mampu untuk bekerja.

“Hubungan dengan adik beradik semua sangat akrab dan tiada masalah, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: M.Jamil: Momok masih lekat dalam hidup saya!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sarimah Ahmad dedah derita kanser usus, kesan penyakit selepas pengsan dalam bilik air

“Kami adik-beradik setiap minggu melawat dia dan semua juga bantu dari segi kewangan sebab ayah dah tak bekerja,” jelasnya.

Sementara itu, Sadiq sempat berkongsi perkembangan kesihatan Jamil atau Mohamad Jamil Zulkifli, 59, yang sudah enam tahun menderita angin ahmar.

Kata aktor ini lagi, penyakit itu dipercayai menyerang bapanya kerana faktor kesihatan dan tabiat menghisap rokok.

“Alhamdulillah ayah saya sihat cuma sudah enam tahun alami strok. Dia di rumah dan di jaga oleh mak tiri saya.

“Waktu kena strok tu masa kami nak pindah rumah, dia letih kemudian tiba-tiba kena serangan jantung. Dia juga merokok dan ada sakit kencing manis jadi itu antara puncanya,” jelasnya.

NP-75

Sadiq anak kepada isteri ketiga M. Jamil.

Untuk info, Jamil berkahwin sebanyak empat kali, namun menceraikan isteri pertama dan kedua, manakala yang ketiga meninggal dunia pada tahun 2010.

Pengarah itu dikurniakan 11 orang cahaya mata dan Sadiq merupakan anak hasil perkahwinan Jamil bersama pelakon Siti Rohani Wahid.

Jamil juga merupakan anak kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain