suria

Muat naik video botakkan kepala, perkongsian Nonny Nadirah curi perhatian netizen

Nonny berani tampil dengan imej baharu.

SEKIAN lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah kembali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video membotakkan rambutnya di Instagram.

Perkongsian Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin,34, menjadi bualan pengikut selepas hampir sembilan bulan tidak memuat naik sebarang hantaran di laman berkenaan.

nonny 2

Nonny berkongsi video transformasi membotakkan kepala.

Dalam video itu, Nonny dilihat membuka bajunya dan hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.

Tindakan Nonny itu meraih ribuan tanda suka dan menerima ratusan ribu tontonan selepas sejam di muat naik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nonny Nadirah kembali lepas tudung, Mila Jirin hanya mampu panjat doa buat sahabat - “Hanya dia tahu apa sedang dilaluinya”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Nonny Nadirah hilang 3 tahun, rupanya derita kena sihir sampai muka jadi senget - “Kita lawan sampai mati”

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan aktres itu membotakkan rambutnya sama ada bagi memenuhi tuntutan watak untuk projek terbaharu atau sebaliknya.

Pada Disember tahun lalu, Nonny memaklumkan dirinya kembali membuka tudung selain meluahkan rasa kesal kerana dirinya disihir oleh seseorang yang dikenali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain