suria

Idzham Ismail izin isteri kerja pramugari semula, letak syarat jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga

Isteri Idzham Ismail kembali bergelar pramugari selepas 5 tahun.

SELEPAS lima tahun bergelar suri rumah sepenuh masa, pelakon Idzham Ismail membenarkan isterinya iaitu Bella Sudeen kembali bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

Kata Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 36, dia sebagai suami menghormati permintaan isterinya itu dan menyokong usaha Bella mencapai cita-citanya.

"Sebenarnya dulu dia buat keputusan nak jadi suri rumah sepenuh masa selepas lahirkan anak kedua kami, jadi bila dah lima tahun tak kerja, tiba-tiba dia kata nak kembali bekerja.

size NP 1 - 2024-07-03T180155.678

Idzham benarkan isteri kembali bekerja selepas lima tahun.

"Saya bukan tak bagi pada awalnya tapi bila dah selesa semua, dah keluar dari fasa struggle, rasa pelik la sikit dia nak kerja semula.

"Tapi mungkin dia nak capai cita-cita sebelum ini, dari situ saya membenarkan dia jadi pramugari kembali dan berikan sokongan penuh," katanay ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Idzham memberitahu dia bahagia melihat isterinya gembira kembali bekerja, namun meminta Bella tidak melupakan tanggungjawab kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff dan Ruhanies banyak bincang hal kerja di lokasi drama... Idzham Ismail anggap kantoi itu teguran Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail tolak tawaran lumayan promosi judi, biar tak kaya asal rezeki halal

"Saya nampak dia betul-betul rindu kerjayanya sebelum ini, sebagai suami saya nak tengok isteri saya bahagia.

"Cuma saya minta jangan lupa tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak," jelasnya.

Tambah Idzham kerisauan utamanya adalah anak-anak kerana masa mereka bersama Bella akan berkurangan tidak seperti sebelumnya.

Bagi memastikan hubungan kekeluargaan itu berkekalan, Idzham menetapkan syarat jika ada masa cuti dia dan isteri perlu meluangkan masa bersama.

size NP 1 - 2024-07-03T180117.503

Idzham hanya pesan Bella tidak lupa tanggungjawab pada keluarga.

"Saya cuma risau fasal anak-anak, sebab bila dia dah kerja kuranglah masa dengan mereka, jadi sekarang bila saya tiada di rumah dia jaga anak dan sebaliknya bila dia keluar bekerja.

"Tentang saya dan isteri pula, kalau kami berdua cuti kena luang masa bersama walaupun hanya jumpa pada malam sebelum waktu tidur," jelasnya.

Sebelum ini, Bella meninggalkan kerjaya sebagai pramugari pada tahun 2019 kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap rumah tangga.

Untuk rekod, Idzham dan Bella mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain