suria

Netizen serbu IG Bella Astillah, komen Puteri Sarah buat ramai terhibur... “Awak pandai menangis tak?”

Puteri Sarah (tengah) meninggalkan komen di ruangan komen Bella.

KETIKA sebutan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies hangat diperkatakan, netizen juga nampaknya tertarik untuk meninggalkan komen di perkongsian terbaharu bekas isteri aktor itu iaitu Bella Astillah.

Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah komen gurauan yang ditulis oleh rakan artis iaitu Puteri Sarah Liyana.

"Awak pandai menangis tak?" usik Sarah.

Netizen terhibur melihat komen diberikan oleh Puteri Sarah.

Netizen terhibur melihat komen diberikan oleh Puteri Sarah.

Sebelum itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi foto ketika menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen yang ditulis bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu.

"Haha win, saya tak pandai berlakon lagi-lagi bab menangis depan wartawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - "Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera"

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz ada duit simpanan, tuduhan kononnya Ruhainies tanggung hidup satu fitnah berat

"Pelik juga bila pelakon cakap depan kamera tak pandai menangis, selama ini berlakon tak ada kamera ke apa? Keliru saya," tulis netizen.

Pada Rabu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerima kecaman netizen kerana dilihat hadir ke mahkamah dengan senyuman ceria.

Kata Ruhainies, dia terlalu teruja kerana dapat bertemu rakan media selepas lama tidak berjumpa.

Malah, Ruhainies memberitahu dia bukanlah individu yang pandai berlakon (berpura-pura) atau menangis di depan kamera.

Bella memuat naik gambar terbaharu di Instagram miliknya.

Bella memuat naik gambar terbaharu di Instagram miliknya.

Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan perbicaraan akan disambung pada 17 Oktober depan dan bon jaminan mereka turut dilanjutkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain