SETIAP wanita pasti mengimpikan pasangan yang memiliki kriteria positif untuk dijadikan calon suami. Begitu juga pelakon Sophia Albarakbah, 30, dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman antaranya mestilah seorang yang jujur dan setia dalam perhubungan. "Suka lelaki kelakar tetapi lagi suka kalau dia bukan penipu, jujur, tak curang, seorang yang melindungi dan menyayangi saya," katanya dalam satu hantaran di Instastory. Sophia berkongsi perkara tersebut di InstaStory pada Selasa. Sophia menyatakan kriteria itu bagi menjawab pertanyaan pengikut di laman Instagram. Dalam pada itu, aktres ini memberitahu dia tertarik dengan lelaki yang mengutamakan agama dan keluarga. Malah dia juga mestilah seorang yang berani berdepan masalah dan setiasa bersedia memperbaiki diri. ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, God is great” - Sophia Albarakbah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak suka dengar gosip, jarang guna media sosial kerana banyak benda tiada faedah "Saya suka lelaki yang bertanggungjawab, mengutamakan keluarga, mendahulukan saya dalam apa-apa perkara dan dekat dengan Tuhan. "Saya juga suka lelaki yang tak lari dari masalah, rajin berusaha, dan selalu mencuba untuk perbaiki diri," ujarnya. Ditanya peminat mengenai status terkini dirinya, Sophia mengakui dia trauma untuk kembali menjalinkan hubungan cinta. "Saya trauma, biarkan saya sendiri," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!