suria

Demi ‘Lumping Putih’, Hazrat Muaz buat-buat berani saksi ritual kuda kepang depan mata - “Baru mula pemain sudah kena rasuk”

Hazrat bersyukur dapat membintangi telefilem Lumping Putih.

PELUANG menyaksikan secara langsung ritual tradisi kuda kepang ketika menjayakan penggambaran telefilem Lumping Putih antara pengalaman tidak dapat dilupakan oleh pelakon Hazrat Muaz.

Kagum dengan ritual berkenaan, Hazrat, 29, bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan seram dan takut saat menyaksikan pemain kuda kepang dirasuk sesuatu sepanjang upacara berlangsung.

"Perasaan teruja tapi dalam masa sama dihambat perasaan seram dan takut apabila menyaksikan ritual berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-07-02T172918.529

Hazrat teruja dapat belajar banyak perkara menerusi telefilem Lumping Putih.

"Bayangkan permulaan upacara sahaja pemain kuda kepang tersebut bagai dirasuk dan bertukar menjadi orang lain.

"Mereka mula menari dan mengikut gerakan yang sukar difahami," katanya kepada mStar.

Walaupun ia pengalaman menyeramkan namun Hazrat menganggap dia bertuah kerana peluang sedemikian bukan datang setiap hari.

"Selama ini saya hanya mengetahui tentang seni kuda kepang tetapi kali ini bertuah sebab dapat menyaksikan depan mata ketika menjayakan drama Lumping Putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya Mawi hampir kena rompak! Grup Telegram rancang sebar telefilem ‘Hantu Kuat Ketawa’ secara haram

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Dolla diangkat dalam telefilem meski baru setahun jagung jadi penyanyi - “Tak kisah jika ada yang kata kami kayu”

"Memang pengalaman yang tidak akan saya lupakan," jelasnya.

Bercerita mengenai telefilem itu, Hazrat memberitahu dia banyak mempelajari ilmu baru sepanjang terbabit menjalai penggambaran di Batu Pahat dan Muar, Johor.

Malah peluang berlakon di samping pelakon berpengalaman adalah satu penghormatan buatnya apatah lagi mereka tidak lokek dengan ilmu.

"Saya sendiri sudah membuat beberapa kajian tentang kisah kuda kepang dapat memahami dengan lebih jelas kisah Lumping Putih selain memahami kehendak pengarah.

Copy of Untitled - 2024-07-02T172947.810

Hazrat teruja digandingkan bersama pelakon-pelakon hebat.

"Mereka ajar bagaimana untuk melontarkan dialog dan permainan emosi yang betul, saya sangat hargainya," jelasnya.

Selain Hazrat, telefilem ini turut dibintangi oleh Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Amalina Arham dan Asmidar.

Telefilem yang diarahkan oleh Epo Jenon bakal menemui penonton dia siaran RTM 1 pada 7 Julai ini bersempena Maal Hijrah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain