WALAUPUN mempunyai rupa paras yang kacak serta karier yang stabil, pelakon Azrel Ismail nampaknya lebih selesa hidup membujang meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini. Menjelaskan perkara itu, Azrel, 40, mendedahkan dia masih membujang bukan disebabkan tidak laku sebaliknya mengalami masalah kurang keyakinan diri. Dedahnya, seorang wanita pernah melamar untuk menjadi isterinya namun dia menolak selepas memikirkan banyak faktor termasuk individu tersebut bukan berbangsa Melayu. Azrel berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast Girlmathpodcast. "Ada saja perempuan yang suka saya tapi saya rasa tak 'ngam' pula sebab dia pula terlalu cantik... Dia membuatkan saya berfikir sama ada saya sesuai atau tidak dengannya. "Dia bukan Melayu jadi saya terfikir sama ada di okay dengan budaya kita. Macam mana pula pandangan ibu bapa saya," katanya. Azrel berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan sesi podcast Girlmathpodcast yang dimuat naik di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba tipu Shuhaimi Lua, tengok monitor boleh tahu artis terjebak cinta lokasi ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu tiada ‘job’ Azrel Ismail dah gelabah, rupanya rancang kahwin tahun depan Dalam pada itu, Azrel menerusi sedutan berbeza podcast tersebut menyifatkan sikap manja ditunjukkan segelintir pelakon wanita ketika berada di set penggambaran antara punca wujudnya cinta lokasi dalam kalangan selebriti tempatan. Hasil pemerhatiannya mendapati perwatakan tersebut sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian pelakon lelaki yang bergandingan dengan mereka. "Selalunya saya dipasangkan dengan pelakon wanita dengan imej manis dan manja. Azrel turut memberitahu hampir terlibat dengan cinta lokasi. "Dari manja-manja itulah bermulanya cinta lokasi... Pelakon wanita sebenarnya yang memulakan cinta lokasi," katanya. Azrel juga tidak menafikan perkara itu juga turut membuka ruang kepada 'kecurangan' di lokasi penggambaran. Pertahan Azrel, seorang lelaki tidak akan memulakan langkah sekiranya wanita tidak membuka ruang kepada mereka. "Di situlah bermulanya isu sondol menyondol. Lelaki tak akan mulakan sekiranya wanita tak memberi ruang," tuturnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!