ANAK usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia trauma dengan dengan golongan lelaki susulan membesar tanpa bapa kandung sejak kecil. Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, perasaan rindu terhadap seorang bapa juga tiada di dalam diri membuatkan hatinya berasa kosong apabila bercakap mengenainya. "Saya tak bersama ayah sejak kecil lagi... Daripada dua ke tiga tahun macam itu, jumpa dia pun macam meminta. Cik B berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast Bukak Mulut. "Saya rasa biasa saja, tiada perasaan rindu apa semua. Trauma dengan dia, trauma dengan lelaki," katanya. Cik B berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan sesi podcast 'Bukak Mulut' yang dimuat naik di Instagram Myaudioplus. Dalam pada itu, Cik B memberitahu bapanya pernah beberapa kalu menghubunginya menerusi Instagram namun dia memilih mengabaikan mesej yang dihantar. "Tak berhubung... Dia ada DM saya di Instagram tapi tiada perbualan antara kami. Waktu dah besar baru dia cari. ARTIKEL BERKAITAN: Kek ucapan selamat hari bapa buat Vida, Cik B anggap ibu segala-galanya ARTIKEL BERKAITAN: Cik B beli kereta mewah nombor plat CB111 sempena hari lahir, netizen puji hebat pakai duit sendiri "Orang akan cakap dia tetap ayah. Ya, betul dia tetap ayah kita," jelasnya. Sementara itu, Cik B meluahkan rasa syukur kerana ibunya banyak memainkan peranan sebagai bapa kepada dia dan adik lelakinya. Katanya, dia bukan hanya menganggap Vida sebagai ibu dan bapa tetapi kakak dan rakan baiknya. "Mama dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dan keluarga saya. Jadi mama ini adalah saya pun ayah, mak, kakak dan bestie," ujarnya. Cik B bersyukur dikurniakan ibu yang hebat seperti Vida. Untuk rekod, Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan penceraian. Cik B merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Vida bersama Mohammad Amin Yasin. Selain Cik B, pasangan tersebut turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki termasuk Eric Zaquan atau Kacak. Bagaimanapun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!