PENYANYI dan komposer Aizat Amdan tidak akan menghadiri konsert Bruno Mars yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 17 September depan. Walaupun mengagumi bakat penghibur terkenal itu, Aizat atau Muhammad Aizat Amdan, 35, menganggap itu bukan tiket untuk dia menyokong Bruno yang dikenali sebagai pro-Israel. "Bagi saya dia memang seorang penyanyi yang hebat, saya suka lagu dia tapi saya tidak akan tutup mata semata-mata nak pergi ke konsertnya. Aizat tidak akan pergi menonton konsert Bruno Mars. "Saya boleh saja dengar lagu dia tapi sebagai manusia ada batasnya... Takkan kita nak ikut sahaja kalau kita tahu dia adalah individu yang menyokong Israel," katanya kepada mStar. Aizat berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Atas Angin Festival 2024: The Biggest and Loudest! yang diadakan di MyTown pada petang Selasa. Dalam pada itu, Aizat mengingatkan orang ramai untuk tidak menyokong mana-mana individu yang menunjukkan sokongan terhadap Israel. Kata Aizat, setiap individu berhak memboikot produk atau individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rejim Zionis itu. ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan wajah ketara, Zac Efron buat pembedahan plastik akibat rahang patah ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Zac Efron dah berubah, peminat syak suntik botox "Secara peribadi kalau kita dah tahu produk atau individu itu memberi dana kepada Israel, kita takkan sokong bukan? "Kalau kita memang tahu dia menyokong Israel, bagi saya kita tak perlu sokong," ujarnya. Aizat bagaimanapun tidak mempertikaikan pemilihan Bruno dalam menganjurkan konsert di Malaysia. Tegas Aizat, dia tidak akan hadir memberi sokongan kepada penyanyi berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap penindasan dan kekejaman yang berlaku di Palestin. "Itu di luar bidang kuasa saya untuk bercakap bagaimana Bruno dipilih membuat konsert di sini tapi bagi saya kita tidak boleh menghakimi, masing-masing ada cara dan perjuangan tersendiri. Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dijadualkan pada September ini. "Saya tidak akan menyokong mana-mana individu terlibat dengan peperangan dan penindasan terhadap orang Islam. Ini adalah untuk muhasabah diri saya juga. "Saya juga sentiasa berhati-hati dengan apa yang saya pakai, beli dan akan mengenal pasti produk-produk tersebut dari negara mana," katanya. Sebelum ini, konsert Bruno Mars yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan kontroversi apabila penyanyi berkenaan didakwa merupakan penyokong tegar Israel. Dakwaan itu timbul selepas Bruno membuat kenyataan meluahkan rasa cintanya terhadap Israel sewaktu persembahannya di Tel Aviv Oktober tahun lalu. Susulan itu, terdapat gerakan di media sosial meminta peminat untuk memboikot konsert Bruno di Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!