suria

Syifa Melvin tak pernah kenal pemain bola sepak, tapi sudah tertulis jodoh dengan Safawi Rashid

Syifa bersyukur dipertemukan jodoh dengan Safawi.

MENDIRIKAN rumah tangga dengan Safawi Rashid, pelakon Syifa Melvin berkata dia sama sekali tidak pernah mengimpikan untuk bertemu jodoh dengan pemain bola sepak.

Mengakui tidak pernah meminati sukan berkenaan, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, bagaimanapun tidak menyangka takdir menentukan dia berkahwin dengan pemain bola tersebut.

"Apakah kita boleh target nak jodoh kita siapa? Syifa dulu bola pun tak tengok, lagilah tak kenal siapa pemain bola. Tak adanya nak target bagai.

Copy of Untitled - 2024-07-03T143031.078

Syifa menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.

"Dah Allah kata tu jodoh, dengan siapa-siapa pun akan berjodoh, dah kerjaya dia pemain bola sepak, nak buat macam mana?" katanya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Syifa berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.

Dalam pada itu, Syifa percaya jodoh mereka itu sudah tertulis sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin, Safawi Rashid bakal timang anak lelaki... aksi Syatilla melompat pula bikin kecoh

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup berubah selepas jadi ibu, Syifa Melvin pernah menangis stres urus anak

"Jodoh ni, korang perasan tak kita akan dapat yang sekufu, selevel. Kalau daddy Saif bukan jodoh Syifa, takkan terjadi akad 28.11.2022.

"Ingat kalau tak jodoh, memang takkan berjodoh. Kalau jodoh, pergi hujung dunia pun akan berjodoh," ujarnya.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Saif yang kini berusia tujuh bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain