KETIKA namanya semakin dikenali, penyanyi Andyoso tidak terlepas daripada gangguan peminat yang bertindak keterlaluan dengan menghantar mesej berbaur gangguan di media sosial miliknya. Lebih teruk lagi kata Andyoso atau Andika Zulkefli, 20, seorang peminat lelaki pernah menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000 dengan syarat bertemu dengannya di lokasi ditetapkan. "Sebelum ini saya tak pernah dedah tempat tinggal saya namun ada satu ketika saya terlepas cakap. Andy bimbang tersilap langkah berdepan dugaan dunia hiburan. "Selepas itu ada seorang lelaki hantar mesej ajak saya keluar dan dia tawar sejumlah wang tapi dengan syarat perlu bertemu ditempat ditetapkan. "Itu pengalaman paling teruk saya lalui dan banyak juga mesej pelik lain namun saya ambil keputusan tak layan dan sekat akaun mereka," katanya kepada mStar. Andy ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbarunya berjudul Pendamping Hidupku yang berlangsung di Hotel Zecon, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji nikah muda, tapi rupanya penyanyi BBNU masih belum kahwin... Sekadar gimik lagu baharu ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin tak melatah lakonan gagal beri impak, anggap proses belajar Disebabkan perkara itu, Andyoso berasa takut untuk meneruskan karier dalam bidang seni namun mula menyedari ia antara dugaan sebagai anak seni. Belajar daripada pengalaman, dia juga menyerahkan kepada pihak pengurusan menjaga akaun media sosialnya supaya mereka tahu pergerakannya. Bagi mengelak hanyut dengan populariti dan dugaan, Andyoso juga lebih selesa memberi tumpuan kepada pengajian di peringkat diploma dalam bidang perniagaan. Jika saya jaga akaun media sosial, mungkin saya akan tersilap langkah ANDYOSO PENYANYI "Risau juga kalau saya hanyut dengan godaan apabila sudah popular dan sebab itu saya lebih utamakan pelajaran supaya tidak lalai. "Jika saya jaga akaun media sosial, mungkin saya akan tersilap langkah. "Sebelum bergelar penyanyi lagi saya takut dengan perkara sebegini namun saya kena kuat berdepan godaan... Insya-Allah tiada perkara pelik berlaku kepada saya," ujarnya. Andi fokus pada pelajaran supaya tidak lalai. Bercakap tentang lagu baharu, Andyoso memberitahu tidak akan melakukan sebarang gimik bagi mempromosikan karya tersebut. Jelasnya dia serik dengan kecaman selepas ada menyangka dia berkahwin pada usia muda susulan memuat naik video mempromosikan sebuah dewan acara sebelum ini. "Sebenarnya gimik itu bukan rancangan saya... Apabila ada yang komen tahniah saya diamkan sahaja. Lepas saya dedahkan itu adalah gimik kena kecam pula. "Selepas ini saya tidak lagi akan buat gimik sebegitu untuk lagu akan datang," tegasnya. Lagu Pendamping Hidupku dilancarkan Mei lalu merupakan kolaborasi ciptaan Andyoso bersama dua komposer Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!