suria

Tak boleh memandu kereta seorang diri, Shima Anuar takut kena serangan panik dan anxiety

Shima tidak lagi memandu seorang diri selepas kemalangan.

PELAKON Shima Anuar mendedahkan dia tidak boleh memandu kenderaan sendirian kerana berdepan masalah kebimbangan melampau atau anxiety.

Kata Shima, 33, dia mula mengalami masalah itu selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika pulang daripada set penggambaran.

"Saya ada masalah anxiety dan panic attack, tapi saya mendapat sepenuh perhatian daripada insan tersayang.

shima 11

Shima terbuka kongsi mengenai kesihatan dirinya.

"Dalam isu ini, saya langsung tidak boleh memandu. Perasaan takut tiba-tiba datang sehingga buatkan saya tak boleh bernafas.

"Semua itu jadi lepas terjadinya satu kemalangan semasa saya baru balik dari penggambaran. Memandu seorang diri nak balik tengah malam, lalu jalan hutan, hujan sangat lebat sampai tak nampak jalan dan sebagainya," katanya satu hantaran di Instastory pada Khamis.

Shima berkongsi mengenai masalah dihadapi itu bagi menjawab komen seorang netizen yang mendakwa segelintir selebiti menggunakan alasan masalah mental untuk mendapatkan perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Status halal bukan lesen buat sesuka hati, netizen tegur Shima Anuar upload foto cium suami

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar timang cahaya mata ketiga, anak pertama paling ‘happy’ dapat adik lelaki lagi

Justeru itu, Shima menasihati orang ramai agar tidak menghakimi sesuatu memandangkan mereka juga tidak tahu situasi yang sedang dialami rakan seindustrinya itu.

"Kalau kita tak duduk dekat tempat orang yang ada masalah itu, jangan menghakimi.

"Kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sesiapa pun boleh dapat masalah itu," ujarnya.

shima 123

Shima bersyukur keluarga sentiasa menyokong.

Sebelum ini, penampilan Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, mengejutkan ramai apabila berkongsi video membotakkan kepalanya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Nonny dilihat membuka bajunya dan hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.

Pada Disember tahun lalu, Nonny memaklumkan dirinya kembali membuka tudung selain meluahkan rasa kesal kerana dirinya disihir oleh seseorang yang dikenali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain