suria

Ustaz Don tidak lagi bersiaran, Suria FM hormat arahan pihak berkuasa

Don tidak akan bersiaran buat sementara waktu.

PENCERAMAH bebas Ustaz Don Daniyal buat masa ini tidak akan bersiaran untuk segmen Don Give Up yang merupakan salah satu pengisian dalam slot pagi Morning Morning Suria di stesen radio Suria FM.

Mengesahkan mengenai perkara itu, wakil pengurusan Suria FM memberitahu pihak mereka menghormati arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Ustaz Don tidak bersiaran seperti biasa. Kami sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa," jelas wakil berkenaan.

don daniyal 2

Don sebagai penyampai jemputan Suria FM pada setiap Jumaat.

Ini susulan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang meminta untuk menangguhkan semua ceramah dan kuliah melibatkan Don di seluruh negeri berkenaan.

Dalam masa sama, stesen berkenaan juga masih menunggu ketetapan pihak Jais berhubung penglibatan Ustaz Don dalam mana-mana program di masa akan datang.

"Ustaz Don tidak akan bersiaran sehingga keputusan rasmi pihak Jais dikeluarkan. Kami akan maklumkan perkembangan perkara ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah dan kuliah Ustaz Don di Selangor ditangguhkan, Jais keluar kenyataan esok

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kredibiliti dipersoal netizen, Ustaz Don Daniyal belajar tentang hadis sejak diploma

Don merupakan penyampai jemputan untuk segmen Don Give Up yang bersiaran setiap hari Jumaat bersama Suraya, Ajak dan Datuk Fizz Fairuz.

Menerusi segmen berkenaan, Don akan menjawab persoalan pendengar yang disampaikan menerusi panggilan telefon atau mesej di Whatsapp.

Pada 21 Jun lalu, Jais mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.

Ketetapan tersebut dibuat berikutan beberapa isu membabitkan ceramah agama yang disampaikan Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa perkara dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain