suria

Sheila Majid bengang berita palsu dakwa hidap artritis, rupanya penipuan produk diet

Sheila kesal namanya diguna pihak tidak bertanggungjawab.

PENYANYI Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal dengan laporan berita palsu mendakwa dia menghidap artritis atau penyakit berkaitan sendi dan tulang.

Lebih mengecewakan Sheila apabila paparan berita tersebut direka bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan.

"Merepek! Ini adalah berita palsu. Jika saya benar menghidap sakit ini, ia telah dilaporkan lima tahun dahulu.

sheila majid 2

Sheila menafikan berita dia pernah menghidap artritis.

"Kenapa tidak jujur dalam menjual barang. Tiada keyakinan sehingga menggunakan nama saya," katanya.

Sheila meluahkan perkara tersebut di Instagram miliknya pada Khamis berserta tangkap layar berita berkenaan.

Tambah penyanyi ini lagi, dia sudah cuba menjejaki dalang di sebalik penyebaran berita palsu tersebut namun sukar berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sakit dada dan sukar bernafas, suami Sheila Majid selamat jalani prosedur jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid kota janji, bawa konsert Big Band Live ke Kota Kinabalu

"Saya mencari pelaku sejak berita palsu ini tersebar tentang saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing. Namun tidak jumpa. Saya tidak jumpa sumbernya.

"Mereka tahu bagaimana untuk menipulasi sistem dan menyembunyikannya," ujarnya.

Menerusi paparan berita berkenaan, Sheila dikatakan kini sudah sembuh selepas menghidap penyakit berkenaan sejak lima tahun lalu.

sheila majid 3

Sheila memaklumkan dirinya masih sihat.

Bercakap lanjut Sheila menegaskan keadaannya sihat tanpa sebarang penyakit dan ketika itu masih sibuk dengan jadual kerja.

"Pada tahun 2019, saya sangat sibuk bekerja dan berjalan sebelum perintah kawalan pergerakan," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube!--

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain