PELAKON Zarina Zainuddin terkejut apabila doktor memaklumkan anak ketiganya iaitu Muhamad Naim Azrai hanya mempunyai sebelah buah pinggang. Zarina, 54, berkata dia tidak mengetahui masalah kesihatan anaknya itu sehinggalah Naim dikejarkan ke hospital selepas pengsan di rumah pada Selasa lalu. "Naim pengsan di rumah ketika sedang makan dan saya terus bawa dia ke hospital. Naim ketika di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. "Selepas pemeriksaan doktor dapati dia ada sebelah buah pinggan dan mengalami kencing kotor," katanya ketika dihubungi mStar. Berkongsi lebih lanjut, Zarina memberitahu anaknya itu kerap menghabiskan masa terlalu lama di dalam bilik air. Katanya dia pernah menegur anaknya itu namun Naim, 21, memberi alasan gemar duduk di dalam tandas. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Zarina Zainuddin masuk hospital, Azil cabut drip air sampai berdarah tangan... Tanggung caj tambahan insurans tak ‘cover’ ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan fitnah” - Zarina Zainuddin jawab dakwaan bibik, anak autisme tak pukul orang "Dia tidak pernah mengadu apa-apa selama ini cuma bila di dalam bilik air dia terlalu lama kerana masalah kurang lawas membuang air," kongsinya. Menurut Zarina, selepas menjalani prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) doktor mendapati anaknya itu mengalami ketumbuhan di bahagian bawah perut. "Hari ini selepas buat pemeriksaan MRI doktor dapati ada ketumbuhan pula di bawah. Naim bersama Zarina dan Azal. "Tapi masih lagi 50-50 dan perlu lakukan pemeriksaan lebih terperinci. Sebagai ibu saya bimbang bila tahu keadaan anak macam ini," luahnya. Selain Naim, Zarina turut mempunyai tiga orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal), dan Muhammad Razil Azrai (Azil). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!