suria

Dalam diam dah bergelar ‘hajah’, peminat puji cara Amy Mastura fokus ibadah haji

Netizen kagum cara Amy fokus dalam ibadah.

DALAM diam-diam pelakon dan penyanyi Amy Mastura selamat menunaikan ibadah haji bersama keluarga pada Jun lalu.

Kata Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 53, dia memohon maaf kerana tidak berkongsi sebarang aktiviti sepanjang menunaikan haji kepada peminatnya.

“Alhamdulillah kakak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Snapinsta.app_449991828_18443509597040057_8602849454958759826_n_1080

Amy bersama suami ketika menunaikan ibadah Haji.

"Semoga Allah menerima ibadah ini. Kakak minta maaf tak kongsi apa-apa masa kakak di Makkah," katanya.

Amy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dia bersama ahli keluarganya di Tanah Suci Makkah.

Dalam perkongsian tersebut dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya menyelesaikan ibadah tersebut.

Menurut Amy, sepanjang berada di Tanah Suci itu pelbagai ujian terpaksa dilalui namun bersyukur dikelilingi dengan insan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akak tak mampu nak buat gimik” - Amy Mastura

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Semua Orang Kenal Kita - Amy Mastura

“Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan Haji mabrur buat semua.

“Kakak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat kakak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah swt serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti,” kongsinya.

Perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Sha Na Na itu mengejutkan peminatnya.

Rata-rata mereka memuji cara Amy yang dikatakan memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di sana.

Snapinsta.app_450005299_18443509573040057_2451523337738578720_n_1080

Antara kenangan Amy bersama anak-anak dan suami di Tanah Suci.

"Ini baru betul, selesai haji baru kongsi. Baru boleh fokus betul-betul.

"Suka cara Amy, orang tak tahu dia pergi Haji tahu-tahu selesai.

"Diam-diam dia bergelar hajah, contoh yang terbaik untuk semua masyarakat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain