DILIHAT kurang memuat naik foto bersama isteri, pelakon Idzham Ismail memberitahu mereka memilih untuk tidak terlalu kerap berkongsi kemesraan di laman sosial kerana mahu mengelakkan penyakit ain. Belajar daripada pengalaman lalu, Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 36, berkata gangguan itu pernah terjadi kepada keluarganya dan dia tidak mahu hal sama berulang kembali. "Jarang muat naik foto dengan isteri bukan sebab kami ada masalah, tetapi saya sebab utamanya adalah saya risau dengan penyakit ain. Idzham mahu elak penyakit ain melibatkan keluarganya. "Sebab pernah terjadi, saya muat naik gambar anak selepas itu esoknya badan terus naik gatal-gatal, bukan sekali tapi sudah tiga kali terjadi. "Pernah muat naik foto dengan isteri, malam tu kami gaduh. Jadi saya tak nak benda ni berlaku lagi sebab ia kacau mental saya juga," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Idzham memberitahu isterinya iaitu Bella Sudeen tidak bersetuju pada awalnya, namun lama-kelamaan sudah boleh menerima keputusan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail izin isteri kerja pramugari semula, letak syarat jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail tolak tawaran lumayan promosi judi, biar tak kaya asal rezeki halal "Awalnya isteri tak setuju, tapi sekarang mungkin dah terbiasa. Cuma bila buat begitu, paling penting adalah kepercayaan terhadap pasangan. "Pernah dapat DM orang tanya saya dengan isteri okay ke? Tapi ia tak menganggu, cuma sekarang risau orang nak mengorat isteri saya, dia pula sekarang sudah kembali jadi pramugari," jelasnya. Untuk rekod, Idzham dan Bella mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!