suria

Gagal lunas pinjaman persahabatan dalam tempoh setahun, Jovian Mandagie diarah bayar RM10 juta kepada 2 syarikat

Jovian diarah membayar RM10 juta pinjaman persahabatan yang dibuat.

PEREKA fesyen Datuk Jovian Mandagie diperintahkan membayar RM10 juta kepada dua buah syarikat dalam kes saman yang disabitkan sebagai pinjaman persahabatan.

Menerusi dokumen Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menetapkan keputusan tersebut pada 2 dan 4 April lalu selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Bhd dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.

Mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

jovian1 - 1

Jovian gagal melunaskan bayaran dalam masa 12 bulan.

Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April lepas.

Untuk rekod, Jovian disaman secara berasingan oleh kedua-dua syarikat tersebut pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjam atas dasar pinjaman persahabatan.

Dakwa Cekap Air, pihaknya telah meminjamkan sebanyak RM5 juta kepada Jovian pada 24 Februari 2022 dan Bina Pragmatik juga memindahkan wang RM5 juta kepada akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian pada 25 Mac 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Jovian Mandagie dedah sudah bercerai dengan anak Ismail Sabri, hubungan kekal sebagai sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Tali face mask Jovian putus dua kali ketika siaran langsung dengan Tokti, netizen kata belum apa-apa dah 'hauk'

Menurut kedua-dua plantif, Jovian sepatutnya melunaskan pinjaman persahabatan tersebut dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pinjaman itu juga diberi dan dilakukan secara lisan serta kasual kerana plaintif dan defendan adalah kenalan serta mereka tidak mempunyai alasan untuk meragui pereka fesnyen itu kerana beliau memiliki beberapa perniagaan lain.

Ketika itu juga, Jovian merupakan menantu Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pun begitu, Jovian didakwa memungkiri perjanjian pinjaman dan sehingga kini masih gagal membayar semula wang berkenaan dan menyebabkan pihak mereka mengalami kerugian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain