suria

Kekuatan irama dan lirik buat Hannah Delisha jatuh cinta, ‘Akan Tiba’ bantu bangkit selepas alami keguguran

Hannah kembali mengeluarkan single terbaharu selepas kali terakhir pada tiga tahun lalu menerusi lagu Terlalu Mudah.

SELEPAS tiga tahun tidak muncul dengan lagu baharu, pelakon Hannah Delisha mempertaruhkan single berjudul Akan Tiba khas buat peminat.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata, dia tertarik dengan lagu berkenaan kerana ia mempunyai kekuatan dari segi irama dan lirik yang mampu membuatkan seseorang bersemangat.

"Lagu Akan Tiba bukan lagu biasa sebab ia memberi motivasi dengan mesej penuh inspirasi mengenai harapan dan kekuatan berdepan cabaran dengan penuh semangat.

NP-93

Lagu Akan Tiba menguatkan semangat Hannah selepas alami keguguran.

"Iramanya membangkitkan semangat dan mampu menambah keyakinan dalam diri pendengar yang mungkin sedang berdepan situasi sukar.

"Akan Tiba adalah sumber inspirasi dalam membangkitkan semanjat juang untuk terus melangkah maju dalam meraih impian," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Hannah memberitahu lagu ini juga bersifat peribadi kepadanya kerana ia membantu merawat kesedihan susulan mengalami keguguran awal tahun ini.

Malah besar harapannya agar peminat menerima baik lagu tersebut yang turut membawa sentuhan segar dan berbeza dalam landskap muzik tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar kecil hati dengan keluarga, perkahwinan tak dapat restu ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar tamat pengajian sekolah menengah pada usia 30 tahun, luah hasrat sambung belajar dalam bidang undang-undang

Akan Tiba merupakan ciptaan daripada komposer dan penulis lirik Faizal Tahir, Ja'a, Romeo dan Eugene Lai.

Ia bakal dilancarkan pada 12 Julai, 8 malam menerusi siaran langsung di TikTok Hannah.

Kali terakhir Hannah mengeluarkan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain