suria

[V] Hafidz Roshdi nampak ceria, isteri hadir beri sokongan sebutan kes pukul Shuhada

PELAKON Hafidz Roshdi mencuri perhatian apabila hadir ke sebutan kes pukul ditemani isterinya iaitu Athira Yuhada pada pagi Jumaat.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, juga kelihatan ceria ditemani isteri dan ibunya iaitu Haniza Mohd Jabar di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor.

Athira yang sempat menyapa petugas media memberitahu kehadirannya untuk memberi sokongan moral kepada suaminya.

WhatsApp Image 2024-07-12 at 09.31.40

Atirah (di sisi) Hafidz setia memberi sokongan kepada suaminya.

“Ya saya datang untuk berikan sokongan buat suami saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, Hafidz meminta peminat mendoakan agar urusan mahkamah dipermudahkan.

“Doa yang terbaik buat saya saja, itu yang saya harapkan,” katanya.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya (ketika kejadian) sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi minta bekas isteri tunjuk bukti sebarkan dokumen mahkamah, tuduhan Shuhada mahu tutup periuk nasi

ARTIKEL BERKAITAN: Isu mesej lucah selesai, Hafidz Roshdi dan Shuhada sepakat tak lagi sebar aib sesiapa

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, (ketika kejadian) sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac tahun lalu (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

2611774

Kemelut melibatkan Hafidz dan bekas isteri masih belum berakhir.

Sebelum ini, mahkamah sama diberitahu, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

Pada 29 Mac tahun lalu, Hafidz telah ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain