KOMPOSER dan anggota kumpulan Exists Ajai menolak dakwaan rakan seperjuangannya iaitu Mamat terjebak dengan gejala dadah disebabkan tersalah pilih kawan. Ajai atau Mohd Faizal Maas, 49, sebaliknya percaya kesilapan dilakukan Mamat datang daripada diri sendiri dan idak membabitkan pengaruh mana-mana pihak. “Sebenarnya ia terletak pada hati Mamat sendiri. Apa yang jadi bukan fasal salah orang lain. Ia berlaku kerana hati sendiri. Hati sendiri yang ‘on off’ benda (dadah) itu. Ajai ketika memberi respon berkenaan keadaan terkini Mamat. “Kalau ada orang bagi (dadah) dan hati kata tak nak, tak jadi juga benda itu. Jadi, pucuk pangkalnya hati sendiri,” katanya kepada mStar. Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media program realiti Gimme The Mic di The Bee, Publika pada Khamis. Ajai mengulas kenyataan ahli kumpulan Exists, Musa yang memberitahu terdapat seorang peguam menyarankan penyanyi tersebut keluar dari kampungnya supaya kawan-kawan lamanya tidak mencarinya lagi. Menurut Musa, sangat sukar untuk Mamat pulih kerana kawan-kawan lamanya datang mencari di saat dia mula bersedia untuk berubah. ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exist mengaku salah ambil dadah, didenda RM4,000 dan pengawasan AADK 2 tahun ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib tidak menyebelahi dia” - Ezad Lazim dan Exists sedia terima Mamat kembali bersama kumpulan Dalam pada itu, Ajai berkata, dia memahami kenyataan yang dikeluarkan Musa dan ia bukan bersifat tuduhan jahat terhadap Mamat. Jelas Ajai, Musa merupakan antara individu sering memberikan nasihat dan teguran kepada Mamat untuk mengubah nasib hidupnya. “Saya tak akan salahkan orang sekeliling Mamat. Cuma mungkin ketika Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Mamat lebih baik keluar daripada kampung, saya percaya dia tidak memaksudkannya. Kalau ada orang bagi (dadah) dan hati kata tak nak, tak jadi juga benda itu. AJAI KOMPOSER DAN AHLU KUMPULAN EXISTS “Mungkin dia begitu hampa dan kecewa sebab selama ini Exists banyak sokong Mamat. Tapi bila dia balik (kampung) saja, dia akan kena tangkap. Bila Mamat di Kuala Lumpur bersama kami, dia okey sahaja. Mungkin itulah maksud Musa. “Bukanlah dia salahkan orang kampung. Pucuk pangkalnya Mamat itu sendiri. Orang lain nasihat pun tak guna kalau kamu masih tak ada pendirian untuk berhenti,” ujarnya. Dalam pada itu, Ajai meminta semua pihak terus mendoakan Mamat supaya cekal berjuang memperbaiki diri dan pulih daripada najis dadah. “Kita sama-sama doa agar Allah berikan hidayah supaya dia sedar dan tinggalkan benda itu (dadah) dengan sebetulnya. Mamat sebelum ini mengaku salah ambil dadah. “Dia seorang yang sangat bagus dalam memberi komitmen dan berdisipilin dalam kerja. Tapi kami faham 'suhu' dia berubah-ubah, kita doakan dia,” katanya. Isnin lalu, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 47, mengaku berslah atas pertuduhan mengambil dadah jenis Methaphetamine pada 2019. Susulan pengakuan bersalah itu, Mamat dikenakan hukuman denda sebanyak RM4,000. Penyanyi itu juga diarahkan menjalani pengawasan dua tahun di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Bentong, Pahang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!