suria

Nonny Nadirah tak dahaga kemewahan, impi hidup bahagia tanpa gangguan - “Sihir hari-hari, Ruqyah diri sendiri”

Nonny hanya mahu kembali sihat dan bahagia.

TIDAK pernah dahagakan kemewahan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sebaliknya hanya mengimpikan kehidupan sihat dan bahagia tanpa sebarang gangguan.

Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, memberitahu dia sudah penat menjadi mangsa sihir sehingga perlu menjalani rawatan sehingga ke hari ini.

"Saya tak nak rumah banglo atau kereta Lamboghini. Saya nak sihat, gembira, Tauhid dan husnul khatimah.

Copy of Untitled - 2024-07-13T122847.210

Nonny berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Sihir hari-hari, ruqyah diri sendiri, saya lawan seorang!" katanya.

Nonny berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di InstaStory pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nonny mendedahkan sudah empat tahun dia menderita akibat di sihir atau mungkin lebih lama daripada itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, video wanita menari sambil bertuala cetus perhatian netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Nonny Nadirah hilang 3 tahun, rupanya derita kena sihir sampai muka jadi senget - “Kita lawan sampai mati”

“Matinya saya disebabkan perbuatan mereka. Saya serahkan semuanya kepada-Mu Ya Allah.

“Yang saya sedar dekat empat tahun. Yang saya tak tahu? Mungkin lebih dari itu,” ujarnya.

Nonny turut mengingatkan ajal dan maut merupakan ketentuan Tuhan dan tiada manusia berhak mengambil nyawa sesiapa pun.

Copy of Untitled - 2024-07-09T120743.569

Nonny sebelum ini mencuri perhatian dengan memuat naik video membotakkan kepala dan menari sambil berkemban.

"Orang kaya pun akan mati, orang yang paling tinggi dengan kesyirikan juga akan mati.

"Ingat kamu saja ada ilmu boleh tarik nyawa orang? Ubun-ubun kamu siapa yang pegang?" jelasnya.

Sebelum ini, Nonny pernah mendedahkan dia menjadi mangsa sihir seseorang sehingga wajahnya mengalami perubahan akibat sihir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain