USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida teruja berpeluang bertemu Duta Pelancongan Melaka 2024 iaitu aktres terkenal dari China iaitu Fan Bingbing. Dikesempatan itu, Vida atau Hasmiza Othman, 53, sempat memberi beberapa produk miliknya sebagai buah tangan kepada selebriti berkenaan. Menerusi video dikongsi Bingbing di Facebook, dia dilihat begitu berselera merasa bertih jagung yang dibawa Vida. Vida kongsi fotonya bersama Fan Bingbing. "Gembira mengenali awak Datuk Seri Vida! "Popcorn awak sangat sedap dan saya harap awak cuba produk kecantikan saya juga," katanya. Sebagai balasan, Bingbing dilihat memberikan beberapa topeng muka untuk digunakan Vida yang dikatakan bagus untuk kulit wajahnya. Lebih menarik perhatian ramai apabila Vida yang mahir berbahasa Mandarin bertutur dengan Bingbing dalam bahasa tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Vida ‘pow’ beg tangan mewah harga RM90,000, Cik B nasihat jangan belanja lebih RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki Rata-rata netizen memuji Vida mahir berbahasa Mandarin selain memuji kecantikan usahawan itu ketika di sisi Bingbing. "Hebat Datuk Vida boleh cakap Cina! Lepas ini makin larislah produk dekat China. "Datuk Vida nampak lebih lawa bila di sisi Fan Bingbing," antara komen netizen. Vida kongsi rasa teruja menerima produk Fan Bingbing. Pada Jun lalu, Fan Bingbing dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024. Pelantikan itu disebabkan dia memiliki 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram yang mana mampu menonjolkan lagi kebudayaan tempatan di peringkat global. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!