BELUM menutup pintu hati terhadap lelaki, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sedang menanti jodoh terbaik buat dirinya. Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, bagaimanapun berkata, walaupun ketika ini tidak mempunyai teman istimewa namun dia juga tidak pernah mencari. "Status saya sekarang single, janda. Tapi maaf tak ‘available’. Nonny meluahkan isi hati yang dipendam menerusi satu hantaran di Instastory miliknya. “Saya sedang menunggu putera saya daripada Allah. Nak yang tinggi cecah julang ke langit! “Saya percaya dengan doa, tak dapat dekat dunia Allah pasti bagi dekat akhirat,” katanya. Nonny berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, Nonny meluahkan rasa kesal apabila sering dipersalahkan apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan. ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, video wanita menari sambil bertuala cetus perhatian netizen ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik video botakkan kepala, perkongsian Nonny Nadirah curi perhatian netizen Kata Nonny, dia berharap kaum lelaki tidak bersikap berat sebelah dalam sesuatu hubungan dan tidak hanya mencari kesalahan orang lain. "Dulu saya selalu terkena, asyik saya sahaja dianggap nakal. "Sekarang lelaki, hmm... Saya simpan komen saya. Jangan asyik cari salah isteri sahaja. Tolonglah," ujarnya. Nama Nonny kembali jadi sebutan selepas tular video dengan imej botak dan menari sambil berkemban. Untuk rekod, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2018 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian setahun kemudian. Selepas itu Nonny pernah bercinta dengan aktor Niezam Zaidi namun hubungan mereka juga berakhir dengan perpisahan walaupun sudah merancang untuk berkahwin. Semenjak itu, Nonny lama menghilangkan diri namun sejak kebelakangan ini dia banyak mencetuskan kontroversi seperti memuat naik video mencukur rambut selain menari sambil berkemban. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!