KEHIDUPAN mewah usahawan Datuk Seri Vida dan anak-anaknya sering menjadi tumpuan ramai. Mungkin ramai yang anggap kemewahan anak-anak selama ini adalah pemberian Vida yang giat menjalan pelbagai jenis pernigaan. Namun siapa sangka anaknya sendiri iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhamma Amin, 19, juga ada wang simpanan sendiri untuk berbelanja. Vida cuba memujuk Cik B ketika berada di sebuah butik jenama mewah. Malah menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, Cik B secara spontan sanggup membelanjakan RM100,000 dalam masa sehari untuk ibunya. Dalam video berkenaan, Vida dilihat berada di sebuah butik jenama mewah sedang memilih koleksi beg tangan. Dia kemudian menghubungi Cik B untuk meminta izin membuat pembelian selain mahu anaknya itu mengeluarkan duit sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Cik B beli kereta mewah nombor plat CB111 sempena hari lahir, netizen puji hebat pakai duit sendiri Respon yang diberikan oleh Cik B mengejutkan banyak pihak kerana dia tidak berfikir panjang untuk memenuhi hajat ibunya. "Mama (Vida) pakai kad yang limit RM100,000 tu tapi jangan sampai RM100,000," ujarnya menerusi panggilan telefon. Vida juga terkejut dan ketawa menerima respon anaknya itu. Cik B tidak lokek berbelanja besar untuk ibunya. Malah Cik B sempat menasihati ibunya agar tidak keterlaluan dalam berbelanja. "Tenang-tenang dahulu. Hari ini RM100,000 esok pun sama," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!