suria

Impian tampil berkumpulan tercapai, Yamani Abdillah tak kecil hati tidak dipilih vokalis Cherry On Top 

Yamani kini merupakan gitaris kumpulan Cherry On Top.

PENYANYI Yamani Abdillah tidak berkecil hati kerana tidak dipilih sebagai vokalis kumpulan Cherry On top yang menampilkan empat lagi anggota.

Yamani atau Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 23, sebaliknya berkata, dia lebih suka bermain muzik dan lebih gembira diberi peranan sebagai pemain gitar kumpulan tersebut.

"Saya okay sahaja tak menjadi vokalis kumpulan ini. Saya pernah cakap dulu, kepuasan saya adalah bermain alat muzik.

"Kalau menyanyi pun mungkin mereka mahu saya menyanyikan lagu ayah saya dan itu bukan diri saya," katanya kepada mStar.

yamani1 - 1

Impian Yamani menyertai band muzik akhirnya tercapai.

Dalam pada itu, Yamani memberitahu impian menyertai kumpulan nyanyian tercapai apabila anak kepada pemain dram Black Wings iaitu Ayen memintanya masuk band tersebut.

"Sebenarnya memang sudah lama saya berniat untuk bermain band. Memang hati saya teringin untuk menyertai kumpulan nyanyian tetapi belum kesampaian.

"Sehinggalah saya dihubungi Ayen yang menawarkan untuk menyertai band ini (Cherry On Top).

ARTIKEL BERKAITAN: Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah... Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Yamani Abdillah hilang kawalan, berpusing 3 kali di lokasi 'panas' - "Ada kemalangan sama, mangsa meninggal di tempat kejadian"

"Saya dengan rela hati menerima tawaran tersebut sebagai gitaris dalam band mereka," ujarnya.

Berkongsi tentang karier solo, Yamani menjelaskan belum lagi mempunyai perancangan menghasilkan single dan mahu memberi tumpuan kepada Cherry On Top.

Tambah Yamani, dia mahu menghabiskan pengajian di peringkat Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang akan tamat tidak lama lagi.

"Saya hanya ikut rezeki, kalau ada yang undang menyanyi saya pergi tetapi buat masa ini saya mahu beri tumpuan kepada Cherry On Top.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang perancangan meneruskan karier solo dan ingin menghabiskan pelajaran terlebih dahulu," katanya.

yamani2 - 1

Cherry On Top berkolaborasi bersama Syafinaz (tengah) menerusi lagu Ketagih.

Cherry On Top mengetengahkan genre rock progresif yang menampilkan satu-satunya wanita sebagai ahli kumpulan.

Selain Yamani, kumpulan Cherry On Top turut disertai empat lagi anggota lain termasuk Holy (vokalis), Ayen Tommy (pemain dram), Didi (gitaris) dan Bobo (pemain bass).

Cherry On Top baharu sahaja melancarkan single mereka berjudul Ketagih berkolaborasi bersama penyanyi Datuk Syafinaz Selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain