suria

Penantian Meerqeen berakhir, ‘angkat’ Mercedes Benz kedua berharga RM600,000

Usia muda bukan penghalang untuk Meerqeen memiliki kereta mewah.

HASIL kerja keras dan rezeki yang tidak putus-putus, pelakon Meerqeen berjaya membeli sebuah lagi kereta jenama Mercedes Benz model C63 pada Jumaat lalu.

Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, penantian selama sebulan berbaloi selepas kereta mewah berkenaan kini berada dalam genggamannya.

"Saya dapat 'buah hati' saya, akhirnya!"

Copy of Untitled - 2024-07-13T105259.039

Meerqeen berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.

"Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!" katanya.

Meerqeen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram Ireena Deanna.

Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah pelakon itu saat berfoto bersama kereta berkenaan dengan ditemani keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tercapai impian Siti Nurhaliza nak beli kereta mewah Range Rover, peminat tumpang bangga... “Kalau TokTi tunjuk kita boleh terima”

ARTIKEL BERKAITAN: Langkah senyap membuahkan hasil, Meerqeen beli kereta idaman G-Wagon RM1.5 juta

Dianggarkan model C63 berharga RM600,000.

Kereta tersebut turut menjadi koleksi kereta mewah kedua yang dimiliki Meerqeen dari jenama berkenaan.

Sebelum ini, pelakon itu berkongsi kejayaan membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz model G Wagon yang bernilai RM1.5 juta pada November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain